Jumaat, Oktober 20, 2017

Menjawab soalan Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam pernyataan saksinya berkata Jacel Kiram boleh dianggap musuh negara kerana wanita itu adalah jurucakap bagi kumpulan pengganas Kesultanan Sulu serta Tentera Diraja Sulu  (RSF) dan menjadi jentera utama atas  semua tindakan RSF ke atas Sabah.

Beliau berkata Jacel Kiram sangat aktif dan agresif dalam mengeluarkan kenyataan dalam media sosial negara Filipina yang antara lain memburukkan Malaysia berhubung tangkapan kumpulan pengganas Kesultanan Sulu yang menceroboh di Lahad Datu serta mengecam Malaysia dan pasukan keselamatan  berhubung isu tuntutan ke atas Sabah.

Katanya selain itu, Jacel Kiram adalah anak perempuan kepada Jamalul Kiram III, individu yag mengaku sebagai Sultan Sulu dan mendalangi pencerobohan di Lahad Datu bersama adiknya Datu Agbimuddin Kiram pada 2013.
“Pencerobohan tersebut telah menyebabkan berlakunya insiden tembak menembak yang mengorbankan beberapa anggota keselamatan Malaysia,” katanya.
Beliau juga berkata pertemuan Nurul Izzah itu juga telah menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan negara ini secara khususnya ahli keluarga anggota polis dan pegawai keselamatan yang terkorban.
“Masyarakat Malaysia juga melihat perjumpaan tersebut sebagai perjumpaan dengan musuh negara dan seolah-olah plaintif menyokong pihak musuh yang mempunyai sejarah silam iaitu cubaan untuk menggugat kedaulatan negara,” katanya.
Khalid berkata kesan dan reaksi masyarakat awam pada masa itu dapat dilihat apabila  terdapat 100 laporan polis dibuat di seluruh negara yang membantah perjumpaan plaintif dengan Jacel Kiram.

Beliau berkata apabila perjumpaan plaintif (Nurul Izzah) dengan Jacel Kiram itu diketahui oleh masyarakat awam setelah didedahkan oleh Jacel Kiram sendiri, ia mengingatkan semula masyarakat Malaysia kepada peristiwa pencerobohan yang menimbulkan keresahan, kebimbangan dan tidak puas hati.

Khalid menegaskan sebagai Ketua Polis Negara ketika itu, beliau mengeluarkan kenyataan berkaitan perjumpaan berkenaan sebagai jawapan kepada wartawan mengenai situasi itu yang hangat diperkatakan dan menarik perhatian awam melibatkan isu ketenteraman awam.
“Saya sebagai ketua polis negara mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan bahawa pertemuan plaintif dengan Jacel Kiram berkemungkinan terjumlah kepada suatu kesalahan penderhakaan  yang mana adalah dalam bidang kuasa pihak polis untuk menyiasat,” katanya.
Beliau berkata suatu siasatan telah dimulakan terhadap Nurul Izzah berkaitan kes itu mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan sabotaj.

Semasa pemeriksaan balas peguam R. Sivarasa yang mewakili Nurul Izzah, Khalid yang merupakan defendan dalam kes itu berkata berdasarkan gambar pertemuan itu, jelas menunjukkan pertemuan berkenaan telah dirancang dan bukannya secara kebetulan.

Beliau juga mengetahui mengenai perjumpaan itu melalui gambar yang  dimuat turun oleh Jacel Kiram dalam laman Facebooknya dan juga laporan daripada pegawai-pegawainya.

Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai memfailkan saman itu pada 26 Nov 2015 dengan mendakwa Khalid telah mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada 22 November 2015.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping