Rabu, Oktober 18, 2017

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas ugutan diterimanya oleh kerajaan Pakatan Harapan Selangor, sekiranya beliau bertindak menentang pakatan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurut kenyataannya di Facebook, Khalid menyatakan tidak gentar terhadap ugutan berkenaan, malah mengalu-alukan kerajaan negeri mendedahkan salah lakunya ketika bergelar Menteri Besar sebelum digulingkan partinya sendiri.
“Saya kata silakan pada mereka; silakan!!! Keluarkanlah dokumen 1000 mukasurat pun. Saya alu-alukan. Saya amat mementingkan ketelusan dan good governance dalam pentadbiran kerajaan. Saya tidak rasa pentadbiran negeri hari ini mempunyai keutamaan yang sama,” ujarnya.
Khalid berkata demikian dipercayai mengulas amaran Exco Rejim Pakatan Selangor, Teng Chang Khim yang mewakili DAPigs, untuk mendedahkan kelemahannya dalam Pilihan Raya Umum ke - 14.

Kata Chang Khim, Pakatan Harapan mengetahui kelemahan Khalid dan akan mendedahkan perkara berkenaan sekiranya bekas Menteri Besar itu membuat keputusan untuk menentang mereka.

Jelas Khalid, bersedia untuk memberikan sebarang kerjasama kepada mana - mana pihak demi menjaga kebaikan ummah bagi menggalakkan pentadbiran telus serta memerangi rasuah.

Khalid sebelum ini dilaporkan menjadi Menteri Besar ke-4 menyertai barisan bekas MB yang akan membantu usaha BN merampas kembali pentadbiran Selangor.

Dakwaan itu susulan pendedahan oleh salah seorang bekas Menteri Besar, Tan Sri Abu Hassan Omar. Empat MB berkenaan adalah Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, Abu Hassan, Dr Mohd Khir Toyo dan Khalid.

Khalid yang ditemui pemberita di Shah Alam semalam turut menafikan bahawa dia akan menyertai UMNO, sebaliknya akan memberi sokongan kepada PAS yang dianggap sebagai Musuh Utama kepada DAPigs dan PAN pada PRU akan datang.
Categories:

1 ulasan:

  1. Jgn jadikan selangor macam zaman rejim umno dulu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping