Isnin, Disember 18, 2017

Hahaha!!! Nampak gayanya Politik hari ni semakin hari semakin lucu. Selepas Si Azmin Ali tu cuba buat lawak untuk memalukan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, kali ni giliran dia pulak kena sindir.

Dalam kenyataan Si Azmin Ali itu sebelum ini, dia jelas kelihatan tergugat dengan tawaran yang dibuat oleh Datuk Seri Jamal Yunos yang mahu bertanding di DUN Bukit Antarabangsa.


Malah, bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin Ali itu memberikan gambaran seolah - olah dia takut untuk berhadapan dengan Jamal dalam PRU akan datang.

Namun, sebagai jawapan kepada tindakan Si Azmin Ali yang cuba memalukan dirinya, Jamal pula mengajukan sindiran dengan mempersoalkan tentang kelakuan moral Menteri Besar Selangor tu.

Kata Jamal, semua aksi yang dilakukan sebelum ini, termasuk memakai tuala dihadapan bangunan SUK Selangor adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas di Selangor.

Dalam nada sinis, Jamal juga menegaskan, sekiranya rakyat mahu seorang wakil rakyat yang bersedia untuk berjuang demi kebajikan mereka, sudah pasti mereka akan memilih dirinya.

“Jadi saya yakin orang ramai akan memilih saya yang ‘bertuala’ kerana mesej yang saya nak sampaikan demi kebaikan rakyat, bukannya memilih MB seperti Azmin yang tidak bermoral.
“Saya nak tanya Azmin, apa yang dia buat di dalam tandas? Itu sudah tentu terbukti tidak bermoral,” tambah Jamal lagi.
Kenyataan Jamal itu merujuk kepada isu skandal seks yang melibatkan Menteri Besar Selangor itu melalui pendedahan gambar perlakuan tidak senonoh dengan seorang wanita sebelum ini.

IRONIKnya dari kenyataan yang dibuat, Si Menteri Besar Selangor tu mungkin terlupa dengan aksi 'Terjun Longkang' dan 'Masuk Dalam Tong Sampah' yang pernah dilakukannya.

Sehingga ke hari ini, aksi Si Azmin Ali itu hanya satu perbuatan yang sia - sia memandangkan isu Sampah dan Longkang di Selangor masih tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Malah aksi dia didalam tandas pun masih tidak diambil sebarang tindakan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping