Selasa, Disember 26, 2017

Nampak gayanya kepincangan kepimpinan diantara PAS dan PKR semakin meruncing di Selangor walaupun cuba dinafikan. Keadaan itu sudah pasti akan merencatkan Politik di negeri berkenaan.

Jika sebelum ini, PAS Selangor tampil membuat penafian terhadap khabar angin yang mendakwa kononnya ada pemimpin serta ahlinya akan keluar dari parti dan menyertai PKR.

Namun penafian yang dibuat kepimpinan PAS itu seolah - olah disindir oleh pemimpin PKR yang mendakwa jika perkara itu berlaku, ianya akan mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor berkata, parti itu tidak ada halangan untuk menerima 10 orang ADUN PAS sekiranya mereka bersedia untuk menyertai PKR seperti yang dikhabarkan.

Terdahulu, khabar angin berlegar mengatakan akan terdapat 10 orang ADUN Pas bakal menyertai PKR. Bagaimanapun, Naib Presiden PAS menafikan khabar angin tersebut.
“Memang semalam (kelmarin) Naib Presiden PAS, Iskandar memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber. Itu pendapat beliau saja, terserah. Namun jika ada yang berminat, kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada,” ujar Daroyah lagi.
Dari satu sudut, kenyataan pemimpin PKR Selangor itu seolah - olah memperlekehkan penafian serta pendirian yang telah dibuat PAS sejak parti itu keluar dari Pakatan sebelum ini.

Malah, pemimpin PKR itu juga memberikan gambaran bahawa PKR bersedia untuk menerima dan mengalu - alukan ahli serta pemimpin PAS yang keluar dari parti hanya semata - mata untuk menjaga kepentingan agenda Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. hahaha...PKR yg semakin mereput cuba nak saraf penyokong PAS...mereputla korang dbawah pungxxq Madey

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping