Isnin, Januari 22, 2018

Heran bin Ajaib sungguh Si Azmin Ali ni. Setiap kali ada sahaja isu berkaitan dengan kes rasuah yang melibatkan diri dia, pihak SPRM hanya mendiamkan diri mereka seperti batu.

Kalau sebelum ini, Si Rafizi tu ada buat laporan mengenai kewujudan kes penyelewengan kuasa dan rasuah betina didalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu.

Tapi pihak SPRM mendakwa, tiada sebarang salah guna kuasa dan juga kes rasuah betina yang berlaku. Soalnya, kenapa SPRM tak ambik tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh Rafizi?

Tidakkah laporan yang dibuat oleh Si Rafizi tu boleh dianggap sebagai satu laporan palsu dan ianya melanggar etika penguatkuasaan di Malaysia? Malah ianya menjejaskan reputasi SPRM sendiri.

Kali ini, perkara yang hampir sama juga berlaku apabila Azwan Ali juga turut membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung isu penyelewengan serta rasuah yang melibatkan Si Azmin Ali tu.

Dan buat sekian kalinya, pihak SPRM hanya mendiamkan diri dan menjadi seperti batu apabila kes tersebut mendapat perhatian dikalangan rakyat. Apa ceritanya? Kenapa diorang diam?

Selepas sebulan menyerahkan dokumen dan bukti berkaitan penyelewengan dan salah laku Si Azmin Ali kepada pihak SPRM, sehingga ke hari ini tiada sebarang khabar berita yang kita dengar.

Pengadu yang juga merupakan adik kepada Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa, dia masih tertanya - tanya dan tertunggu - tunggu perkembangan berhubung status kes berkenaan.
"Tiada apa-apa maklumat setakat ini. Saya ada menerima notifikasi mengenai perkara itu, tetapi ia secara umum sahaja. Saya dapat itu (notifikasi) pun seminggu selepas hantar 'bukti' berkenaan.
"Selepas itu, tidak ada apa-apa lagi. Saya dah selesaikan tanggungjawab saya, dah mencabar dia (Azmin), kalau tiada apa-apa tindakan daripada SPRM maknanya terpulanglah kepada rakyat untuk menilai perkara itu," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Pada yang 20 Disember lalu, Azwan tampil di Pejabat SPRM, Putrajaya bagi menyerahkan beberapa dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan isu 'rasuah' melibatkan Si Azmin Ali tu.

Pada hari berkenaan, Azwan hadir pada sekitar jam 10 pagi dengan membawa sepucuk sampul surat bersaiz A4. Dalam pada itu, Azwan menjelaskan, percaya akan tahap profesional SPRM dalam menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, Azwan juga mendakwa yang dia masih mempunyai bukti - bukti baharu berkait dengan kes rasuah yang melibatkan Si Azmin tu. Tetapi ianya masih belum dilaporkan.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. cuba lapur pada SPRU (suruhanjaya pnceghan rasuah Uganda) pulak....#£&%#

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping