Isnin, Januari 22, 2018

Salah seorang bekas pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman mendakwa Muhyiddin Yassin juga tidak bersetuju dengan pemilihan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan.

Katanya, matlamat asal penubuhan PPBM hanya mahu melantik Dr Mahathir sebagai penasihat parti itu, tetapi bekas Perdana Menteri itu kemudiannya “hijack” PPBM dan PH bagi jawatan Perdana Menteri.
“Masa awal penubuhan PPBM, Muhyiddin tak setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri. Dia panggil Tun sebab sebagai penasihat parti, tun sebagai bekas perdana menteri dan kehadiran Tun sebagai bonus kepada parti sabagai pengatur.
“Tak pernah ada idea nak lantik Tun sebagai perdana menteri. Muhyidin tak mahu tun dalam parti kerana ada Tun dalam parti penghalangnya idea untuk ketengahkan imej banyak kali, sehinggakan Tun dapat hidu idea halangan yang cuba dibuat Muhyiddin, lalu timbul pergeseran antara pegawai Tun dan Muhyiddin.
“Sekarang tun telah hijack parti malah Pakatan Harapan sendiri untuk jawatan perdana menteri,” katanya selepas menghadiri Empirical Talk bersama bekas ahli PPBM, Anina Saadudin hari ini.
Kamarulazman turut membuat andaian bahawa Muhyiddin juga mempunyai cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi takut untuk menyatakannya secara terbuka.
“Muhyiddin mungkin melihat dirinya sebagai calon perdana menteri, ketika itu beliau merupakan bekas timbalan perdana menteri. Kalau dikira dari sudut pengalaman, maka dialah yang paling sesuai.
“Mungkin dia (Muhyiddin) saya rasa semua orang pernah berada di kedudukan numbor dua akan bercita-cita untuk menjadi numbor satu, jadi ketika itu Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM nampak beliaulah yang layak.
“Bagaimanapun Tun mungkin mempunyai idea lain, apabila dia melihat Muhyiddin bukan orangnya dan mencari orang lain. Kalau dia tak jumpa orang lain, mungkin dia sendiri yang sepatutnya. Tapi pada usia 93 tahun, adakah rakyat Malaysia ingin memperjudikan nasib rakyat hanya kerana nostalgia bekas seorang pemimpin nombor satu negara ini?”
Pada 7 Januari lalu, PH mengumumkan pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, jika gabungan itu berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping