Khamis, Januari 18, 2018

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa murkanya terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena yang dengan sengaja memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Baginda yang dilaporkan Utusan Malaysia, menyifatkan tindakan itu melanggar ketertiban sebagai seorang yang lebih muda tambahan pula individu yang dimaksudkan adalah seorang raja.
"Sebagai orang Melayu, kita diasuh menghormati orang tua. Ayahanda saya lebih tua dari beliau dan seorang raja, jangan (bercakap) tidak bertempat.
"Saya juga amat marah, tersinggung kerana (penyebaran) video berkenaan yang diambil oleh pihak istana sendiri. Saya akan ambil tindakan," titah baginda selepas berangkat mencemar duli melawat mangsa kebakaran di Sungai Isap 2 di sini hari ini.
Tengku Abdullah juga turut bertitah, baginda percaya kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen itu sudah dibuka oleh pihak berkuasa selepas banyak laporan polis dibuat.
"Saya serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan, sebab sudah banyak laporan polis sudah dibuat sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana," titah baginda.
Mahfuz dalam satu kenyataan sebelum ini mempertahankan tindakannya dan enggan memohon maaf berikutan tindakannya yang menghina Sultan Pahang sewaktu berceramah di Bukit Gantang, Perak.

Sebaliknya Mahfuz mendakwa, mesej yang cuba disampaikan melalui ceramah itu ialah mengenai faktor usia Tun Mahathir menjadi calon Perdana Menteri yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

Padahal Si Mahfuz Bean tu boleh membuat perbandingan lain untuk dijadikan sebagai contoh. Tetapi malangnya, dia lebih suka memilih jalan mudah untuk mencipta kontroversi dengan menghina institusi Raja - Raja demi kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. kebanyakan yang lakukan jenayah seperti tipu, rompak, bunuh, pukul semuanya berpangkat datuk dari pahang. apa nak diherankan kalau masyarakat dah tak hormat pada sultan nie? dia pun bukannya baik sangat. nak kami buka cerita anak haram dia di filipina ke?

    BalasPadam
  2. sebelum ini Tun Mahathir cari gadoh dengan Sultan Selangor sekarang Datuk Mahfuz Omar pulak peleceh Sultan Pahang. Ada konspirasi ke pembangkang nak jatuhkan Institusi Raja

    BalasPadam
  3. kita tunggu tindakan pihak berkuasa...dan kita tengok sepandai mana si mahfuz bean nk bersilat....
    ...sejarang dia tidur tk nyenyak tuuu....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping