Selasa, Februari 20, 2018

Kebodohan tahap apa yang cuba dipamerkan kepimpinan PAS di Selangor ni sehingga mereka sanggup diperlakukan seperti Pengemis oleh Si Menteri Besar tu secara terang - terangan?

Adakah kepimpinan PAS di Selangor tu tidak mempunyai maruah sampai tahap terpaksa menagih simpati dari seorang pemimpin Rejim yang tidak bertanggungjawab seperti Azmin Ali?

Adakah PAS lupa bahawa mereka merupakan pihak yang mengangkat Si Azmin Ali tu ke tampuk pemerintahan Rejim Pakatan Selangor selepas menggagalkan agenda Langkah Kajang sebelum ini?

Sekarang, mereka pulak yang terpaksa menagih dan merayu kepada Si Azmin Ali tu hanya semata - mata untuk mendapatkan duit peruntukan ADUN seperti mana yang telah dijanjikan.

Katanya, PAS Selangor sehingga ke hari ini masih lagi menunggu tarikh untuk berjumpa dengan Si Menteri Besar Selangor tu bagi menyelesaikan isu peruntukan kepada wakil rakyat mereka.

Padahal PAS sendiri sedar dan mengetahui bahawa Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu mempunyai niat tersembunyi dengan membekukan peruntukan tersebut.

Bagi sesetengah pihak menganggap tindakan Si Azmin Ali tu secara tidak lansung merupakan taktik untuk mengikat PAS agar mereka terus tunduk dan akur kepada dia selaku Menteri Besar.

Malah mereka mendakwa, Azmin sengaja membekukan peruntukan ADUN - ADUN PAS itu bagi memastikan mereka tidak memberi sebarang tentangan kepada Pakatan Haprak dalam PRU yang akan datang.

Pokok pangkalnya, langkah PAS yang masih cuba menagih simpati dari Si Azmin Ali itu sangat memalukan dan membuktikan bahawa parti itu tidak mempunyai maruah sehingga terpaksa menjadi Pengemis kepada sebuah Rejim yang kuat merembat duit rakyat!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping