Rabu, Februari 14, 2018

Nampak gayanya, PKR Selangor dah mula muak dengan tuntutan yang dibuat oleh PPBM sehingga membuatkan wakil mereka menyindir parti pimpinan Tun Mahathir itu secara terbuka.

Katanya, PPBM boleh meminta seberapa banyak bilangan kerusi DUN yang mereka mahu untuk bertanding tetapi kriteria yang dipilih adalah berdasarkan faktor winnability atau 'kemampuan untuk menang'.

Itu maklum balas yang diberikan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Selangor selepas ditanyakan tentang hasrat PPBM yang mahu bertanding di 12 kerusi DUN milik BN di negeri itu.
"Semua orang ada 'figure' mereka, tetapi kita kena tengok, saya pegang kuat dengan apa yang Pengerusi PH kata, 'winnability' yang dia katakan, tidak kira parti dan calon dari mana, kita tidak ambil kira.
"Itu yang memang penting dan kita utamakan dalam negeri Selangor.
"Kalau parti kata dia nak 13, 12, 15 dan sebagainya kalau tidak boleh menang apa guna?," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 200 bantahan terhadap syor kedua kajian persempadanan semula Selangor di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor, pagi tadi.
Secara tidak lansung, kenyataan itu memberikan gambaran seolah - olah PPBM tidak mempunyai kekuatan dan kelayakan untuk menang dalam PRU yang akan datang walaupun mereka bertanding banyak kerusi.

Minggu lalu Ketua Penerangan PPBM Selangor mendakwa, PPBM memohon 12 kerusi milik BN untuk diletakkan calon mereka walaupun PKR juga turut berhasrat meletakkan calon mereka.

Sementara itu, wakil PKR itu juga memaklumkan Pakatan Selangor akan menyelesaikan isu agihan kerusi sekitar akhir bulan ini dan ianya masih dalam peringkat perbincangan diantara mereka.

Terdahulu pada mesyuarat Jawatankuasa Agihan Kerusi minggu lalu, PH Selangor hanya berjaya menyelesaikan pertindihan empat kerusi DUN, dengan masih berbaki 21 kerusi daripada 56 kerusi yang belum diselesaikan.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Bercakaran sama sendiri demi kuasa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping