Selasa, Februari 27, 2018

Kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seolah-olah diragui rakan komponennya dalam pakatan pembangkang berikutan sikap enggan bertolak ansur berhubung pengagihan 56 kerusi DUN di negeri ini.

Penganalisa politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata selain perebutan kuasa sesama sendiri, PKR juga memang tidak yakin dengan kemampuan PPBM dan PAN mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
"Ini kerana mereka adalah parti baharu yang tiada rekod kejayaan, malah tiada jentera pilihan raya dan ahli akar umbi yang kuat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kamarul juga setuju ada perselisihan faham antara PPBM dan PAN untuk mendapatkan kerusi di negeri yang didominasi DAPigs, khususnya di Pulau Pinang, Selangor, Perak serta Negeri Sembilan.

Kamarul berkata, DAPigs pula malangnya nekad tidak mahu memberikan kerusi mereka kepada PKR, menyebabkan PKR juga keberatan menyerahkan kerusinya kepada PPBM dan PAN.

Beliau berkata, PPBM hanya alat untuk menarik undi Melayu saja melalui penonjolan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
"Bagaimanapun, PPBM sendiri tidak dirancang untuk benar-benar mengetuai Pakatan Harapan, sebab itu mereka tidak diberi kerusi yang banyak khususnya di peringkat DUN.
"Yang patut disalahkan ialah Dr Mahathir sebab membiarkan diri dipergunakan dan tidak berani berkeras bagi mempertahankan kepentingan dan hasrat ahli serta pemimpin bawahan," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, berkata pembahagian kerusi masih dalam perbincangan dan akan selesai dalam masa kira-kira dua minggu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, kecewa dengan sikap tamak PKR dan DAP yang enggan berunding untuk melepaskan kerusi disandang mereka, namun pada masa sama mahu bertanding di 12 kerusi milik Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 nanti.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping