Jumaat, Mac 02, 2018

Rundingan Pakatan Haprak pimpinan Si Azmin Ali tu untuk mengagihkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijalankan sejak awal bulan ini nampak gayanya masih buntu.

Menurut sumber, kegagalan mencapai kata sepakat disebabkan pendirian PKR untuk bertanding paling banyak kerusi DUN Selangor, dengan alasan negeri ini adalah ‘milik’ mereka.
“Alasan diberi pemimpin PKR ialah Selangor ‘milik’ PKR, Pulau Pinang ‘milik’ DAP dan kemungkinan Kedah menjadi ‘milik’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Negeri ‘milik’ Parti Amanah Negara (PAN) pula akan dibuat berdasarkan keputusan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-14) nanti.
“Sebanyak 14 kerusi PKR dan 15 kerusi DAP yang dimenangi pada PRU-13 kekal ditandingi kedua-dua parti ini. PAN pula memiliki dua kerusi selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS keluar menyertai PAN,” katanya kepada BH Online.
Sumber itu juga turut mendakwa, perbincangan berkaitan dengan agihan kerusi ketika ini hanya membabitkan 25 daripada 56 kerusi DUN yang disandang Barisan Nasional (BN) dan PAS.
“Jadi, baki 12 kerusi milik BN serta 13 kerusi PAS milik PAS perlu diagihkan antara DAP, PKR, PPBM dan PAN. Keadaan ini menyebabkan PPBM dan PAN tidak berpuas hati,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, berkata parti itu kekal dengan pendirian untuk bertanding kerusi yang disandang BN.

Pada PRU-13, BN menang 12 kerusi iaitu DUN Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Permatang, Bukit Malawati, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Kota Damansara dan Dengkil.

PAN pula bertegas mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Klang.

ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin bagaimanapun keluar PAS untuk menyertai PAN. Ketika ini, DAP menyandang 14 kerusi DUN Selangor, PKR (13), PAS (13), BN (12) dan PAN (dua) dan Bebas (dua).
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping