Khamis, Mac 01, 2018

Memang berbakul - bakul kes saman fitnah yang difailkan pelbagai pihak terhadap Si Rafizi ni sedang dibicarakan dimahkamah. Itu membuktikan yang dia memang suka menabur fitnah.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu dijatuhkan hukuman kerana menabur fitnah terhadap Pengerusi NFCorp. Dan dalam masa yang sama, dia menghadapi kes saman fitnah yang difailkan oleh pihak Tabung Haji.

Kali ini, kes berkaitan dengan Lembaga Tabung Tentera (LTAT) pula menarik perhatian apabila pemimpin PKR itu didakwa membuat tuduhan yang tidak benar terhadap badan berkanun tersebut.

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa LTAT tidak mempunyai masalah kewangan untuk membayar gratuiti kepada pesara tentera malah kedudukan kewangan badan berkanun itu juga kukuh.

Timbalan Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Zakaria Sharif menegaskan tiada sebarang kelewatan pembayaran gratuiti kepada pesara tentera kerana kedudukan kewangan LTAT atau kontrak bersama 1MDB bukanlah penyebab kelewatan pembayaran seperti yang didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
“Oleh yang demikian saya menegaskan bahawa tuduhan defendan (Mohd Rafizi) adalah fitnah dan tidak benar. Kenyataan defendan yang cuba mengaitkan plaintif (LTAT) dan 1MDB adalah berniat jahat,” katanya pada perbicaraan kes saman LTAT terhadap Rafizi berhubung kenyataan bahawa LTAT lewat membayar gratuiti kepada pesara tentera.
Saksi pertama plaintif itu juga menjelaskan bahawa pembayaran gratuiti kepada pesara tentera tidak mempunyai kaitan langsung dengan projek antara Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dan 1MDB.

Dalam penyataan saksinya, Zakaria berkata dia membuat laporan polis bagi pihak plaintif kerana defendan masih berterusan membuat kenyataan mengenai kelewatan pembayaran gratuiti pencarum tentera.
“Tindakan defendan ini memberi kesan ke atas kepercayaan anggota tentera dan pesara-pesara terhadap plaintif. Oleh yang demikian, plaintif menyerahkan perkara ini kepada polis untuk disiasat. Saya juga percaya bahawa kenyataan-kenyataan defendan adalah semata-mata isu politik dan tidak ada asas untuk mengaitkan masalah 1MDB dan pembayaran gratuiti pencarum tentera oleh plaintif,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung 27 April.

Pada 6 Mei 2016, LTAT memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung 3 kenyataan mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera bagi menuntut ganti rugi am, teladan, dan perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Dalam penyataan tuntutannya, LTAT mendakwa Rafizi mengeluarkan kenyataan bertajuk “Bayaran gratuiti pesara angkatan tentera lewat; LTAT perlu dedahkan risiko kewangan akibat 1MDB” dalam laman blog dan Facebook pada 21 Mac 2016.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping