Azmin dakwa dia cukup 'Peduli' pada nasib rakyat. Dia juga sering kali mendabik dada membuat kenyataan kononnya Rejim Pakatan yang diperintahnya ketika ini selalu mendahulukan rakyat.
Tapi nampak gayanya, Si Azmin Ali ni hanya sekadar pandai bercakap kosong semata - mata sedangkan apa yang Rejim dia buat selama hari ini jelas tidak mempedulikan kebajikan rakyat.
Jika tidak, kenapa pulak Si Azmin Ali tu dituduh cuba menyekat aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan 120 orang pekerja yang merupakan rakyat Selangor tu hilang punca pendapatan?
Rejim pimpinan Si Azmin Ali tu dituduh dengan sengaja menyekat aktiviti perniagaan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) selepas mengarahkan semua agensi termasuk PBT agar tidak lagi mengadakan majlis rasmi di situ.
Penasihat dan Pengarah Syarikatnya, Lee Aik Chong berkata arahan tersebut dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 1 Jun 2016.
Menurutnya, misteri kerugian yang dialami syarikatnya sejak dua tahun lalu akhirnya terjawab dan dia menuntut Si Azmin Ali tu memohon maaf dalam tempoh 14 hari, selain menarik balik arahan tersebut.
"Malangnya kita ada Menteri Besar di Selangor yang telah mengeluarkan memo yang cuba menyekat semua agensi kerajaan untuk tidak membuat sebarang program dan menggunakan pusat konvensyen ini.
"Justeru saya telah membuat satu laporan polis (pada 26 Februari 2016) terhadap Menteri Besar bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai MB untuk melakukan perkara sedemikian," katanya kepada pemberita di Pengasus Hotel di IDCC, Shah Alam.
Lee berkata Azmin mengeluarkan arahan sebegitu selepas pihak IDCC memfaikan tuntutan ganti rugi terhadap MBSA pada 6 April 2016 berkaitan kes undang-undang kerajaan tempatan.
Dalam erti kata lainnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin Ali tu membuktikan kezaliman dan sifat tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat diperingkat bawahan serta sekaligus menunjukkan bahawa Rejim Pakatan Selangor tu memang tak boleh diharap!!!
Dzalimnya bila berkuasa.
BalasPadam