Rabu, Mac 21, 2018

Salahnya pada PAS kerana terlalu mempercayai seorang manusia yang sombong dan angkuh seperti Si Azmin Ali ni serta menjadikan dia Menteri Besar Selangor sewaktu Langkah Kajang dulu.


Kerana tindakan itu, PAS menjadi bahan lawak jenaka Azmin Ali apabila memperlekehkan tindakan mereka yang 'mengadu pada Allah dan Sultan' namun tidak kepadanya berhubung isu dana.
"Dia (PAS Selangor) mengadu pada Allah (solat hajat), mengadu kepada Sultan Selangor, tetapi dia tak mengadu dengan saya," katanya kepada pemberita, pada Isnin.
Azmin bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa dia enggan berjumpa ADUN PAS Selangor meskipun mereka sudah menghantar mesej memaklumkan mahu berjumpa dengannya bersabit isu itu.


Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi sebelum ini memberitahu pihaknya sudah memulakan langkah untuk berjumpa dengan Azmin, namun permohonan mereka tidak dilayan.


Menurut Sallehen, pihaknya diberitahu dana itu sudah disampai ke tangan Pejabat Daerah masing-masing namun tiada arahan bertulis yang membolehkan ADUN PAS mendapatkan wang tersebut.


Dari satu sudut, kenyataan Azmin Ali itu seolah - olah memberikan gambaran yang kedudukan dia sebagai Menteri Besar jauh lebih besar jika hendak dibandingkan dengan Tuhan ataupun Sultan Selangor.


PAS Selangor kini dalam proses menyediakan dokumen - dokumen berkaitan untuk memulakan langkah seterusnya iaitu meminta Jabatan Audit Negeri dan SPRM membuat siasatan kemungkinan wujud unsur salah guna kuasa dalam kerajaan negeri. 
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping