Rabu, Mac 21, 2018

Sebanyak 34 ahli dan pemimpin PPBM Kota Bharu diketuai Naib Ketuanya, Mohd Nor Hashim Che Min mengisytihar keluar parti kerana hilang keyakinan kepada parti yang dipimpin oleh Tun Mahathir itu.

Pada masa sama, kumpulan tersebut yang turut disertai Ketua Armada, Nik Mohd Adhwa Nik Haris dan Ketua Srikandi, Noormala Abdul Kadir mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

Mereka menyerahkan borang keahlian bagi menyertai PAS kepada Setiausaha Agung PAS yang juga Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.

Mohd Nor Hashim berkata, tindakan keluar parti dilakukan kerana mereka kecewa dengan sikap Dr Mahathir yang dilihat terlalu mengutamakan DAP dalam setiap tindakan dan keputusan parti sehingga mengenepikan kepentingan orang Melayu.

"Kami hilang keyakinan kepada PPBM yang dipimpin Tun Dr Mahathir dan khasnya PPBM Kota Bharu yang diketuai Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman yang juga merupakan Naib Presiden PPBM.

"Kami juga kecewa parti-parti dalam Pakatan Harapan di Kelantan amat sibuk berebut kerusi berbanding berkhidmat untuk rakyat walaupun tidak mempunyai kekuatan di akar umbi," katanya dalam sidang akhbar selepas penyerahan borang menyertai Pas yang turut disaksikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. ahli mnyamar tu... dh tau bersatu memang bawah ph bersama dap... napa masuk.. pastu nk kluar.

    nmpk sgt wayang bodoh.

    yg depa ni ahli bawahan terasa jd anjing dap sapa suruh.. kau ahli bawahan pi mana pun memang anjing la.

    tkde org kt kau anjing.. kau yg mnganjing sendiri...kn bodoh.

    org yg ikhlas berjuang walau gantung poster pun atas perjuangan yg benar adalah pejuang. yg anjing ialah bila ada dedak mnyalak kuat.. tkde dedak senyap tidor.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping