Jumaat, Mac 23, 2018

Meneliti sejarah, banyak nama-nama besar yang menjadi ‘korban’ kerana tidak sehaluan atau berpotensi menjadi ancaman kepada pemimpin dan yang paling diingati melibatkan dua bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Tan Sri Lee Lam Thye dan Wee Choo Keong.

Era semasa pula, bekas Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San, bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, bekas ADUN Teratai, Janice Lee, bekas Penasihat DAP Sabah, Dr. Hiew King Cheu dan ADUN Tanjung Bunga Bungah, Teh Yee Cheu.

Terbaharu, Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw pula dikhabarkan tidak akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Kepong walaupun sudah menduduki kerusi tersebut selama kira-kira empat dekad dan berjaya memperoleh majoriti sebanyak 40,307 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Mengulas perkara tersebut, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, personaliti Seng Giaw yang jujur termasuk mengkritik pengurusan alam sekitar di Pulau Pinang menyebabkan ada pemimpin tertinggi DAP yang tidak senang duduk.

Katanya, ini menyebabkan Seng Giaw dilihat sebagai ancaman, maka jalan terbaik yang difikirkan oleh mereka adalah menamatkan karier politik beliau.

“Kita ambil contoh ketika beliau menjadi Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dahulu. Beliau jujur dengan dapatan siasatan walaupun tidak memihak kepada partinya.

“Bagi pemimpin tertinggi DAP, tiada jalan lain yang boleh dilalui oleh ahli parti kecuali jalan yang mereka bina. Inilah bentuk ‘demokrasi ala DAP’,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, Janice yang kini merupakan Setiausaha Selangor Parti Rakyat Malaysia (PRM) berkata, beliau mendapati senario melibatkan pemimpin tertinggi DAP ini bermula setelah parti tersebut berjaya menguasai Pulau Pinang kira-kira 10 tahun lalu.

“Dahulu tidaklah tahap begini, teguran dan kritikan boleh disampaikan tanpa ada apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap pengkritik kecuali kes-kes tertentu.

“Namun dalam tempoh 10 tahun ini, sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan kepemimpinan saya lihat akan berdepan masalah,” katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping