Isnin, Mac 19, 2018

Skandal rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang nampak gayanya semakin menarik perhatian ramai pihak.

Sekeping lagi gambar ‘intim’ Lim Guan Eng bersama suspek yang ditahan oleh SPRM kerana menerima suapan sebanyak RM19 juta untuk menutup kes pembinaan terowong itu didedahkan.

Menariknya, kali ini, gambar antara suspek yang mendakwa dirinya ahli perniagaan berpengaruh, G Gnanaraja kelihatan tersenyum dan bergelak ketawa dengan Guan Eng dalam sebuah kereta dipercayai milik syarikat kontraktor pembinaan projek mega tersebut.

Guan Eng kelihatan begitu gembira bergambar ‘selfie’ dengan Gnanaraja dalam kenderaan tersebut yang didakwa dirakamkan tahun lalu sebelum transaksi berjumlah RM19 juta diberikan kepadanya melalui syarikat  Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith).

Setiausaha Agung DAPigs itu juga kelihatan memakai pakaian korporat rasminya dengan namanya jelas tertera sementara Gnanaraja pula berbaju batik.

Sebelum ini, sekeping gambar didedahkan Guan Eng berada di kediaman rasmi Gnanaraja, dipercayai di rakamkan antara Mei sehingga Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, Guan Eng bukan sahaja melatah dan menuduh gambar tersebut adalah konspirasi jahat kerajaan BN, malah baru-baru ini beliau pula cuba mengaitkan hubungan Gnanaraja dengan pengamal media pro BN.

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping