Ahad, Mei 06, 2018

SELAIN hilang kepercayaan terhadap pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) serta PKR, rayuan ibu menyebabkan bekas Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Mustafah Talib keluar parti.


Mustafah yang disertai kira-kira 1,000 ahli menyerahkan borang menyertai BN dalam pertemuan dengan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Pusat Islam Libaran di Sungai Kayu, semalam.


Mustafah berkata, ibunya yang juga Ketua Cawangan UMNO di Batu Sapi, Armah Abdul sering memujuknya untuk kembali ke pangkuan BN selepas keluar UMNO pada 2016 kerana mahu mengikut jejak langkah pemimpin WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Bagaimanapun, katanya, dia hilang kepercayaan terhadap pemimpin WARISAN yang menjadi idolanya serta Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew kerana hanya mementingkan diri sendiri, terutama dalam soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


“Saya tak sanggup derhaka kepada ibu kerana dia sudah berulang kali memujuk dan merayu sehingga menitiskan air mata, lagi pun BN terutama Ketua Menteri yang banyak berjasa kepada keluarga saya.


“Selain itu, saya hilang kepercayaan terhadap presiden WARISAN dan Pengerusi PKR Sabah.


“Dulu Shafie pernah jadi idola saya, namun baru setahun jadi pembangkang, beliau hilang pertimbangan, tiada lagi semangat menghormati dalam parti dan kerjasama apabila membolot semua kerusi,” katanya.


Mustafah berkata, dia meninggalkan UMNO sebelum ini kerana kecewa dan tanda protes apabila Mohd Shafie dipecat daripada jawatan menteri kanan dan kembali semula kepada BN selepas tidak lagi sehaluan dengan pemimpin berkenaan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping