Khamis, Mei 31, 2018


Agak menghairankan juga apabila pihak Rejim Pakatan baru memberikan alasan kononnya pembatalan projek High Speed Rail yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat adalah 'Tidak Efisyen'.


Walhal, projek itu bukan sahaja mampu memberikan peluang pekerjaan kepada 100 ribu orang rakyat di Malaysia dengan kemahiran tinggi. Bahkan ia turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara secara lansung.


Namun, demi untuk mempertahankan kenyataan kononnya projek itu hanya sekadar satu pembaziran, maka kepimpinan Rejim Pakatan baru itu lebih sanggup membatalkan projek tersebut begitu sahaja.


Tambah menyedihkan ialah apabila Rejim Pakatan baru itu mendakwa bahawa mereka sanggup membayar pampasan sebanyak RM 500 juta hanya semata - mata kerana mahu membatalkan projek itu.


Itu yang menghairankan. Dalam keadaan mereka sendiri mendakwa jumlah hutang Negara berada pada tahap yang sangat kritikal, 1 Trillion sehingga terpaksa membuat tabung derma, mana pulak datang duit pampasan RM 500 juta tu?


Malah alasan kononnya mereka nak menjimatkan kewangan dan mengurangkan jumlah hutang Negara pada ketika ini juga sangat tidak masuk akal. Kecuali buat Macai penyokong Rejim yang 'Uneducated' sahaja.


Dan persoalan yang paling utamanya sekarang, pembatalan projek itu memberikan keuntungan kepada siapa sebenarnya? Adakah rakyat yang mendapat keuntungan atau sesetengah pihak tertentu sahaja yang dapat merasa keuntungan hasil pembatalan projek tersebut?
Categories:

1 ulasan:

  1. Buang 17k pekerja lg efisien dr 100k kerja yg diwujudkan..pening kerajaan baru ni..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping