Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut tampil memberikan pendapatnya mengenai serbuan itu di laman Twitter miliknya dengan mengatakan bahawa sebarang siasatan perlu dilakukan dengan bijak.
Jelasnya, pihak polis telah hadir ke rumah bekas perdana menteri itu pada waktu yang tidak sesuai dan memohon pihak berkuasa untuk sentiasa menerapkan prinsip keadilan dan berhemah dalam melakukan siasatan.
“Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya mesti menyatakan rasa tidak bersetuju ini terhadap tindakan geledah mana-mana kediaman pada waktu awal pagi dan tidak bersesuaian,” tulisnya di Twitter, hari ini.
Beliau mengulas tindakan polis yang menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, malam tadi.
Dalam erti kata lainnya, tindakan menggeledah rumah seperti yang dilakukan itu juga merupakan modus operandi yang sama pernah dipraktikkan sewaktu Anwar dipecat dari jawatan Timblan Perdana Menteri.
Persoalannya, adakah pihak Polis membuat serbuan tersebut mengikut Standard Operation Protokol (SOP) biasa atau mereka bertindak selepas menerima arahan dari pihak tertinggi seperti yang berlaku sebelum ini???
Adei cik nurul...
BalasPadamSkrg kentot pun wangi la yer..
PH = PAKATAN HIPOKRIT tahap gaban..
Sama.semuanya ketua2 PH ni..
Dulu lain skrg lain..tiada prinsip..
Kerajaanyang lahir atas dasar sentimen persepsi fitnah tak kekal lama. Bangkit lawan fitnah
BalasPadamFidunya hassanah wafil,akhirati hassanah saja
BalasPadamPh dulu cakap lain bila ada kuasa lain plk jdinya. Memang tsk blh percaya
BalasPadamApa namaa..apa namaa...polis terpaksa ikut arahan....siapa besar????
BalasPadam