Jumaat, Mei 18, 2018

Itu satu persoalan yang kini menjadi igauan buat Rejim Pakatan. Walaupun sebelum ini mereka umum perlaksanaan GST akan tetapkan pada kadar 0%, namun itu bukan satu jaminan buat rakyat.


Nak pulak apabila mereka kata sistem cukai Negara akan dikembalikan kepada sistem SST seperti yang pernah diguna-pakai sebelum ini. Itu pun belum tentu harga barang akan diturunkan.


Sebaliknya, ada yang berpendapat, kemungkinan besar harga barang akan terus melonjak naik sebanyak 10% sekiranya benar perlaksanaan sistem cukai SST itu dikuat-kuasakan kelak.


Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila syarikat permotoran di Malaysia menghentikan seketika penjualan kereta mereka sementara menunggu perlaksanaan cukai baru.


Kata mereka, kemungkinan besar harga kereta yang dijual pada harga sewaktu perlaksanaan GST akan melonjak naik ekoran sistem percukaian baru yang bakal dilaksanakan.


Jika kita lihat semula tuntutan Rejim Pakatan Baru itu sebelum ini, mereka mendesak agar Kerajaan terdahulu memansuhkan GST yang didakwa menjadi punca peningkatan kos sara hidup.


Sedangkan hakikatnya, bukan sebab GST itu yang menjadi punca harga barang naik. Malah sewaktu zaman sistem cukai SST dulu pun, harga barang naik juga. Maka, keputusan Rejim Pakatan nak hapuskan GST bukan jaminan kos sara hidup rakyat akan menurun!!!
Categories:

9 ulasan:

  1. kenapa PH termasuk PM dan BNM , Council Elder macam tak faham...

    BalasPadam
  2. 1st jun nanti aku akan pergi ke gerai mamak order roti canai dan kopi, tengok harga ada kurang kah. He..he..he.. HARGA TURUN konon.

    BalasPadam
  3. BARANG HARGA GST INCLUDED. lEPAS NI KURANG 6 PERATUS TAK ?

    BalasPadam
  4. subsidi minyak, siapa untung besar, bawa basikal = 0, motosikal ?, kereta kecil ?, kereta besar ?. 1 kereta ?, banyak kereta/lori ? Sapa yg perlu subsidi minyak, orang kaya? Makin kaya makin banyak subsidi dia dapat hanya dari subsidi minyak.

    BalasPadam
  5. Lepas ni akan ada SST, mana nak cekau duit kalau takde cukai. Dan SST ni menguntungkan peniaga tamak sebab harfa barang akan dilipatgandakan sebelum dikenakan SST 10%. So ini yang sebenarnya diperjuangkan oleh PH, untuk kroni kroni mereka jua...rakyat kena tipu lagi..muahaha

    BalasPadam
  6. Mohon sangat2 BN adakan mcm 'Malaysiakini' utk ahli BN mdpt maklumat terkini...

    BalasPadam
  7. Mungkin sebulan dua rakyat akan dapat rasa penurunan harga barangan kerana kerajaan konon tunaikan janji moneypesto. Tapi, di kemudian nanti, akan makin terbeban dgn bermacam kos lain. Pi mai pi mai tang tu. Bodohnya siapa yg memangkah P.Haprakpan ni.

    BalasPadam
  8. Bagus orang muda.nak nak orang muda melayu..kos idup naik sbb byk Kali keluar masuk pusat karaoeke..byk duit abis beli rokok..lepak dkt restoran Dan kedai mamak..byk beli top up..byk modified moto dan kereta tak tentu pasal...baru keje beli kereta mhl..last last x mampu nak survive sbb suku gaji dah baya kereta..pastu pulak gaya hidup makan diluar .pagi petang siang mlm mkn di luar.last last marah kat kerajaan kos hidup tinggi..peniaga pulak manipulasi harga dgn alasan gst ..masa gst nilah jualan kereta dan moto meningkat sbb harga jadi murah..org muda sekarang senang kena temberang dgn kena tipu..janji hidup senang.

    BalasPadam
  9. PAS/TGHH yg trbaik knp Xsuka lslam...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping