Selasa, Mei 22, 2018

Rejim pimpinan Pakatan yang baru ini diharapkan agar tidak mudah tunduk kepada sebarang ‘suara sumbang’ yang datang dari golongan pembawa gaya hidup Islam Liberal di Malaysia.


Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) berkata, pemimpin Islam di negara ini wajar mengetepikan perbezaan ideologi dan fahaman politik dalam menangani ancaman serta musuh yang ingin mengubah Malaysia seperti negara Barat.


“Suara yang cenderung kepada liberalisme dan tidak mendokong agama sebelum ini memang sering kedengaran, tetapi kita khuatir ia semakin meruncing.


“Kita memang menolak gerakan seperti ini. Justeru diharapkan pemimpin Islam seluruh negara bersatu untuk meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita, malam ini.


Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila sejak kebelakangan ini, wujud desakan terbuka supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan secepat mungkin, kononnya demi kesejahteraan negara.


Suara sumbang oleh segelintir pihak itu turut menuntut supaya operasi membendung kesalahan khalwat dalam kalangan umat Islam dihentikan kerana dikatakan bercanggah dengan hak asasi manusia.


Tidak cukup setakat itu sahaja. Malah pejuang Islam Liberal itu juga turut menuntut keadilan serta pengiktirafan bagi golongan LGBT sedangkan ianya bertentangan dengan hukum Islam.


Sebagai rekod, Marina Mahathir, anak kepada Perdana Menteri Pakatan itu juga turut dikategorikan sebagai pendokong pejuangan Islam Liberal apabila dia pernah tampil mempertahankan tuntutan sesetengah pihak bagi menggunakan kalimah Allah dalam Bible.
Categories:

2 ulasan:

  1. Parti anak beranak..
    Mathir mukriz
    Lim lim
    Anwar azizah
    Malaysia ni diaorg punya dibuatnya..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping