Selasa, Jun 05, 2018

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa, terdapat gerakan sulit untuk menghalang Ketua Umum PKR dan Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


Berdasarkan satu sumber dalaman, Badrul berkata, dia percaya ada satu gerakan dinamakan “Third Force” yang bercita tinggi dalam politik yang diselia oleh  Kalimullah dikesan cuba untuk melaga - lagakan Tun Mahathir dengan Anwar agar peralihan kuasa erdana Mentari dalam tempoh dua tahun ini gagal. 


Katanya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kumpulan ini juga sedang merancang untuk melengahkan serta menghalang Anwar dari menjadi Ahli Parlimen. 


"Kumpulan ini dengan dana yang besar telah mengumpulkan 'cybertrooper' berbayar mereka yang terdiri dari muka baru dan lama. Sasaran mereka menghancurkan imej Anwar Ibrahim dengan menggambarkan Anwar lemah dan tamak. 


"Malah kumpulan ini mula menyusun gerakan dalam PKR itu sendiri khususnya dalam pemilihan parti. Setelah diselidiki 'cap jari' Kalimullah dikesan dibanyak tempat. 


"Ramai merasakan kurang senang dan meminta Kalimullah Hassan supaya jangan campur tangan secara melampau khususnya dalam pemilihan parti PKR yang akan datang. 


"Gerakan “Third Force” ini mula dihidu oleh beberapa kelompok khususnya yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Namun tanpa menafikan mereka sangat licik," katanya yang dipetik menerusi blognya.


Chegu Bard berkata, Kalimullah dan “Third Force” nya perlu tahu bahawa janji pilihanraya Pakatan Harapan kepada rakyat adalah Mahathir hanya sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping