Apakah ini yang dikatakan sebagai mengikut 'Rule of Law' yang digembar - gemburkan sebaik sahaja mereka menang dalam Pilihan Raya Umum yang baru selesai hampir sebulan yang lalu?
Kalau dilihat dari sudut mana sekali pun, Rejim Pakatan yang baru itu sedikit pun tidak menghormati sistem perundangan yang sedia ada wujud di Malaysia. Sebaliknya, mereka ikut undang - undang mereka sendiri.
Sehingga ke hari ini, bukti yang mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan penyelewengan 1MDB masih GAGAL didedahkan kepada umum. Tiada pendakwaan yang dibuat.
Sekarang mereka sibuk pulak dengan isu mengenai perlantikan Peguam Negara yang jelas tidak mengikut peruntukan Perlembagaan. Sebaliknya, mereka cuba mengugut Yang DiPertuan Agong.
Secara asasnya, umum mengetahui bahawa sistem perundangan dan pentadbiran di Malaysia adalah badan yang berasingan. Namun Rejim Pakatan hari ini cuba nak mengawal kedua - duanya serentak.
Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan itu membuktikan seolah - olah mereka cuba merampas Kedaulatan Undang - Undang Negara dengan menggunakan pintu belakang.
Alasan kononnya perlantikan ke atas Tommy Thomas sebagai bukti kononnya Rejim Pakatan itu serius nak membetulkan institusi Negara yang cacat hanya sekadar RETORIK semata - mata.
Pokok pangkalnya, tindakan yang ditonjolkan oleh kepimpinan Rejim Pakatan yang baru itu menunjukkan seolah - olah mereka mahu 'Absolute Power' sehingga sanggup mengugut kedudukan Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja - Raja Melayu!!!
Alangkah hina manusia ini diciptakan.tuhan supaya Sabar dan
BalasPadamsedar berfikir tentang sukarnya mentadbir negara
penyokong melayu pakatan akan melihat nnt macam mana mathir anwar dan lain2 ketua diaorg yg melayu ni akan dipijak pijak..
BalasPadamhancur kuasa melayu di tanah melayu..
nak dakwa najib macamana ,peguam negara tak dilantik lagi,tunggu lepas rasmi dilantik berasap lah umno dan najib kena heret habis sorang demi sorang kes samun berbillion ringgit oleh penyamun ntarbus,tunggu lah
BalasPadam