Rabu, Jun 13, 2018

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial, baginda menerima suapan RM1.3 bilion atas “naungan baginda” berhubung satu projek.


Tengku Abdullah juga bertitah baginda tidak mempunyai kaitan dengan China Rainbow International Investment Co Ltd (CRIIC), syarikat yang didakwa membuat pembayaran itu.


“Saya tiada kaitan dengan syarikat China itu. Syarikat China itu sudah pun menjawab. Saya tidak mahu komen,” titah baginda dalam satu WhatApps melalui pegawai media kepada Bernama hari ini.


Sepucuk surat mendakwa RM1.3 bilion diberikan kepada Tengku Abdullah sebagai suapan atas “naungan baginda” menjadi viral dalam media sosial.


Surat bertarikh 8 Februari 2018 dan ditandatangani Presiden CRIIC Global & Pacific, Will JW Ding berkata, wang itu adalah ganjaran selepas Sapura-China Rainbow Consortium dikatakan diberi projek MRT3 bernilai RM45 bilion.


Sementara itu, CRIIC dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan itu dan menegaskan mereka “menjalankan perniagaan dengan penuh integiriti dan mengamalkan piawaian tertinggi urus tadbir korporat”.


“Surat yang didakwa itu direka-reka. CRIIC tidak pernah mengeluarkan surat seperti itu. Kandungannya benar-benar palsu dan tidak wujud Sapura-China Rainbow Consortium,” menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu juga menyebut CRIIC sedang mendapatkan nasihat undang-undang dan berhak menuntut keadilan bagi mendapat remedi sivil dan jenayah terhadap pelaku berniat jahat itu.
Categories:

5 ulasan:

  1. ada tangan2 ghaib yang menabur fitnah cuba mencemarkan nama baik instiusi diraja kerana cubaan pertama yg dilakukan kepada kerajaan umno/bn sblom ini amat berjaya..

    BalasPadam
  2. Sblm PH memerintah mrk menuduh najib songlap duit 1mdb.. Tuduhan mrk seolah2 mrk punya bukti yg kukuh najib songlap duit.. Sepatutnya bila mrk dah berjaya terus je la dakwa najib dgn segala fakta yg mrk tuduh sblm ni knp masih nak siasat lg.. Jika begitu maknanya tuduhan mrk selama ini adlh andaian semata2 sbb masih nak mencari bukti.. Skrg tak dpt tuduh kes 1mdb cari pula setiap kesalahan yg najib buat semasa pemerintahan beliau.. Persoalanya ada ke pemimpin yg tak buat silap..mrk juga bkn malaikat yg tak buat silap..ttp mencari2 kesilapan org bknlah perbuatan yg mulia..mrk kena ingat mrk juga ada anak cucu dan mrk takkan berada diatas selama2nya jgn pula nanti anak cucu mrk pula yg terima azabnya akibat dr perbuatan atuk mrk.

    BalasPadam
  3. Mana? Kot ada kaitan dgn Tun Dr M kena tunggu 5 jam, dalam dewan sejuk mengokul, sabelom dapat angkat sumpah PM.

    BalasPadam
  4. Pengkhianat negara umno pemberontak negara

    BalasPadam
  5. Ini bukan niat jahat. .tetapi benar ...rakyat ditipu disebalik semua lakonan golongan bangsawan...termasuk najib dan rosmah mereng pemuja iblis

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping