Hahaha!!! Kesian melihat Macai Rejim Pakatan Haprak ni apabila Naib Presiden PKR tu buat kenyataan secara terbuka berhubung faktor kemenangan mereka merampas Putrajaya baru - baru ini.
Nampak sangat yang mereka ni dari jenis manusia yang tidak mampu menerima hakikat. Maka sebab itu mereka mudah melatah dan meroyan tak tentu arah bila Rafizi keluarkan kenyataan tersebut.
Padahal, apa yang diperkatakan oleh Si Rafizi tu ada kebenarannya juga walaupun ia buat hanya sekadar untuk menghilangkan ketaksuban Pencacai Rejim Pakatan terhadap Mahathir.
Dari satu sudut, faktor kemenangan Rejim Pakatan Haprak tu bukan kerana Tun Mahathir semata - mata. Tetapi penyelewengan fakta yang dimanipulasikan oleh Pakatan itu yang membuatkan mereka meraih kemenangan.
Jika tidak isu seperti 1MDB, GST dan Tol itu yang menjadi zikir puak Pakatan Haprak, mana mungkin ianya boleh membangkitkan rasa kebencian terhadap Kerajaan BN sebelum ini?
Cuba bayangkan jika kesemua isu itu tidak dibangkitkan, tinggal Tun Mahathir sahaja yang berkempen dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, adakah puak Pakatan Haprak tu boleh menang?
Sedangkan Tun Mahathir sendiri pun sibuk menjaja cerita pasal 1MDB, pemberian BR1M, perlaksanaan GST itu merata tempat. Itu pun puak Macai Rejim Pakatan Haprak tu masih cuba nak menafikannya?
Belajar la terima hakikat. Jika kemenangan Rejim Pakatan Haprak tu hanya disebabkan Tun Mahathir sahaja, nampak sangat perjuangan mereka adalah kerana kepentingan Politik Peribadi semata - mata, bukannya sebab diorang nak menjaga kebajikan rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.