...Siapa Pilihan Anwar???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sudah banyak spekulasi yang Semut paparkan mengenai pemilihan PKR bagi Jawatan Timbalan Presidennya. Dan ia kelihatan semakin hangat dari hari ke hari. Banyak juga teguran dan pandangan yang telah diberikan. Kebanyakkannya, pembaca blog Semut sudah mampu berfikir dengan waras dan mendapat gambaran jelas mengenai parti tersebut. Mereka sudah mampu menilai dan melihat wajah sebenar Parti Kelentong Rakyat itu.
Sangkaan Semut bahawa perbalahan antara Azmin Ali dan Zaid Ibrahim juga merupakan pertembungan hebat antara Azmin dengan Kak Wan. Sebelum ini, Semut sudah mendedahkan bahawa Kak Wan tidak akan dapat menerima Azmin Ali sebagai gandingannya dalam PKR atas sebab 'Kisah Lampau' mereka.
Pandangan Semut itu juga disokong oleh YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim. Beliau turut menyatakan bahawa Presiden PKR itu memang tidak boleh menerima Azmin Ali dalam apa jua keadaan sekali pun. Maka sokongan yang diberikan oleh Nurul Izzah kepada Zaid Ibrahim sebelum ini juga mewakili suara ibunya sendiri.
Maka, perbalahan bagi kerusi Timbalan Presiden ini akan bertambah hebat lagi kerana kini ianya turut melibatkan Anwar Ibrahim dan Kak Wan kerana kedua - duanya jelas mempunyai calon masing - masing. Yang dikesalkan, undi dari ahli PKR yang menjadi taruhan. Mereka dibebankan dengan pertelagahan orang atasan dan dijadikan korban.
Adakah mereka masih tidak sedar akan hakikat ini? Semut yakin, ahli PKR tidaklah sebuta dan setuli itu tatkala melihat perkembangan yang seumpama ini. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
saya sokong Datok Zaid....dai lebih hebat dari azmin ali...hidup kak wan
BalasPadam