Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebelum ini, Semut pernah memaparkan satu posting yang mendesak agar Kak Wan menyaman Ezam. Kononnya Kak Wan mendakwa Ezam menipu apabila dikaitkan dengan SMS supaya memastikan tidak ada lelaki yang tidur dirumahnya sewaktu beliau berada diluar Negara.
Malah kemarahan Kak Wan itu sampai sanggup mencabar bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu untuk dihadapkan ke Mahkamah. Maka Semut kemukakan desakan agar Kak Wan jangan bertangguh tetapi menyegerakan tindakan tersebut. Bukan apa, rakyat perlu tahu kebenaran.
Jika apa yang disanggah oleh Kaka Wan itu ada asasnya dan didapati benar di Mahkamah, bagus juga. Tidak lah hanya retorik berkata - kata. Tetapi sebaliknya, dah sebulan berlalu. Kenapa Kak Wan masih tidak mengambil apa - apa tindakan?
Adakah Kak Wan kasihankan Ezam lalu tidak mengambil tindakan tersebut? Adakah Kak Wan mahu menyatakan bahawa apa yang Ezam kata itu benar? Atau adakah ianya sebahagian dari sifat sebenar pemimpin PKR yang sememangnya takut berhadapan dengan kenyataan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
sudah follow dan listkan blog anda....harap listkan blog saya www.cikguleepk.blogspot.com
BalasPadam