Jumaat, September 17, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebelum ini, kita hanya mendengar hasrat si Zaid Ibrahim dan Si Azmin Ali sahaja yang mahu merebut kerusi Timbalam Presiden PKR Pusat ni. Jawatan lain, walaupun ada yang mengeluarkan kenyataan, tetapi ianya tidak sehangat perebutan kerusi Nombor dua parti tersebut.

Dalam kehangatan dua 'Titan' tu berkempen, kini muncul kuasa ketiga. Bekas Timbalan Setiausaha Agung, Jenapala Perumal Subaan dengan rasminya menyatakan hasrat untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut. Beliau sebelum ini telah melepaskan jawatan sebagai Timbalan kerana mengalami masalah kewangan peribadi.

"...Saya mewakili golongan kelas pertengahan, saya percaya 95 peratus ahli parti akan menyokong saya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Wah, ada masalah kewangan peribadi pun sampai letak jawatan ke? Dalam erti kata lainnya, kewangan menjadi penghalang bagi beliau untuk terus memikul tanggungjawab dan amanah. Lagi beliau nak bertanding jadi Timbalan Presiden? Buatnya beliau menang dan kemudian masalah kewangan dia berulang, apa jadi? Nak letak jawatan jugak ke?

Jangan beliau jadikan kerusi nombor dua tu sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan sudah la. Mana tau, dengan cara itu beliau dapat menyelesaikan masalah kewangan peribadinya. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ps: Tapi sebelum ni Zaid kata kerusi Nombor 2 tu tak mebawa apa - apa makna. Sekadar nak glamor je.
    Habis yang dia bertanding tu buat apa? Ni dah tambah sorang lagi. Pelik la diorang ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping