Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Seperti yang Semut nyatakan petang tadi, kupasan mengenai keputusan 72 orang ahli Wanita PKR Ipoh Barat yang dilaporkan dalam Berita Nasional petang tadi. Mereka dikatakan telah hilang kenyakinan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Siti Aminah Mansor yang mewakili kumpulan tersebut berkata, Cabang Ipoh Barat kini sudah menjadi parti perkauman kerana keanggotaannya hanya terdiri daripada satu kaum sahaja. Tidak seperti kebiasaannya. Beliau juga turut menyatakan anggota itu juga yang mengisi semua jawatan dalam cabang tersebut. Malah pemilihan bagi jawatan itu juga tidak diketahui semua anggota kerana tidak ada notis yang dikeluarkan.
Hah, PAS tunggu apa lagi. Semasa KDYM Tengku Mahkota Pahang memberi amanat agar tidak berpolitik berdasarkan perkauman dulu beria - ia sangat mereka menyokong dan menyambut baik saranan tersebut. Sekarang, PKR juga dikatakan mengamalkan perkauman apabila semua jawatannya hanya untuk satu kaum. Kata perjuangkan keadilan rakyat.
Macam - macam feel PKR sekarang ini. Jelas, kejadian ini membuktikan bahawa PKR sudah sampai ke tahap kehancuran kerana semakin banyak konflik yang tidak dapat diselesaikannya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Itulah Melayu, cpt percaya dgn Hindu.
BalasPadam