Rabu, September 15, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Kehangatan pemilihan PKR Oktober ini semakin hangat diperkatakan. Terutama bagi jawatan Timbalan Presiden yang dilihat bakal sengit dengan pencalonan Azmin Ali dan Zaid Ibrahim. Malah kempen masing - masing sudah rancak berjalan. Tidak kurang juga dengan agenda buruk - memburukkan antara satu sama lain.

Kelebihan Azmin Ali, seperti mana yang semua sudah tahu, beliau merupakan 'Anak Emas' Anwar Ibrahim. Jadi 'Anak Ikan', boleh la menang mudah. Tapi tak dipersoalkan pulak dek ahli - ahli PKR. Kononnya parti tersebut memperjuangkan Keadilan. Sepatutnya Azmin kena berani bertanding tanpa sokongan dari Anwar. Yang Anwar pulak tak perlu la tunjuk dia sokong sapa. Inilah contoh politik orang yang tak bijak.

Dalam sibuk beekempen, ada juga yang didakwa agen UMNO. Ceit! Apsal pulak UMNO ada kena mengena dengan PKR? Lantak korang la nak bertanding ke, nak beramuk ke. Jangan la nak sabitkan orang lain.

Zaid Ibrahim pula hari ini dikatakan menyindir Anwar Ibrahim. Berikut adalah kenyataan dari beliau:

"...Lagipun jawatan timbalan itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor Dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada lah banyak kuasa sangat...Apa lagi dalam Keadilan, Nombor Satu pun tak ada kuasa seperti Ketua Umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan Nombor Dua ini," katanya lagi.

Secara tak sengajanya, Zaid turut mengaku bahawa beliau bertanding Timbalan Presiden saja nak cari glamour. Ai, mengutuk diri sendiri pulak ke Zaid?

Kalau sekadar nak cari glamour atau nak nama sahaja, baik tak payah bertanding. Tak menguntungkan rakyat dan ahli kalau macam tu. Orang lain bertanding nombor 2 sebab nak membantu Nombor 1 buat kerja. Tolong pikul amanah Nombor 1 tu. Bukan saja nak cari glamour. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping