Khamis, September 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kehangatan sambutan Hari Malaysia hari ini juga turut diserikan lagi dengan persoalan mengenai dakwaan Ketua Penipu setahun yang lalu. Adalah wajar bagi beliau menjelaskan kepada rakyat sebab sebenar beliau tidak mendedahkan nama - nama yang kononnya bakal menyertai beliau dalam edisi merampas Putrajaya.

Dalam kehangatan itu, hangit juga bau perbalahan Calon Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan yang akan datang. Zaid Ibrahim hari ini masih terus mempertikaikan tindakan ahli - ahli PKR terhadap dirinya setelah beliau mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut.

Malah beliau juga mempersoalkan tindakan sesetengah ahli PKR yang turut memburukkan rakan karib Anwar kerana berkawan dengannya. Soh Chee Wen yang dilantik menjadi ahli biro Politik PKR dikatakan mempunyai niat jahat dan menjadi penaja kepada Zaid Ibrahim untuk bertanding jawatan tersebut.

"...Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru?" soal beliau. Demikian yang dinyatakan oleh Zaid sebaik sahaja tiba di Kuching hari ini.

Dua perkara yang menjadi tanda tanya buat Semut. Satu, kenapa Harakah Daily yang mengeluarkan berita ini? Kenapa ianya tidak diterbitkan dalam Suara Keadilan? Kedua, Kenapa Zaid perlu rasa hairan jika PKR meragui beliau? Bukankah beliau pernah mengkhianati UMNO suatu ketika dahulu? Dan apa bezanya beliau pada hari ini? Kemungkinan beliau turut berpaling tadah terhadap PKR memang wujud.

Tapi segalanya bergantung kepada pertimbangan rakyat untuk menilainya. Dan secara tidak lansung menggambarkan dengan jelas keadaan sebenar sebuah parti yang memperjuangkan keadilan rakyat kononnya. Adakah rakyat sedar akan hakikat ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Siapa nak percaya kat Zaid, dulu dia khianati UMNO,tak heran lepas ni dia khianati PKR.
    Sekali menjadi pengkhianat akan selamanya menjadi pengkhianat.
    Mudah2an Allah SWT melindungi kaum Melayu drp pengkhianat saperti Zaid,Nik Aziz,KJ dan Anwar.Amin.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping