Jumaat, Ogos 26, 2011


Dah lama dah isu ini dibangkitkan. Tapi baru sekarang ianya mendapat perhatian daripada pemimpin - pemimpin serta orang atasan.

Sejak dari mula lagi, Semut dah pernah sebut pasal isu penahanan Passport Si Ketua Penipu ni agar dia tak dapat nak memburuk - burukkan imej Negara.

Nak pulak dengan adanya kes prima facie yang sedang dalam perbicaraan sekarang ni. Dan hari ini, desakan demi desakan telah dibuat.

Jadi pihak Peguam Negara tunggu apa lagi? Bila diorang nak ambik tindakan? Takkan nak tunggu dah terantuk baru nak tengadah!!!

KUALA LUMPUR Ogos - Pihak pendakwa raya didesak mengambil langkah tegas memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga perbicaraan kes liwatnya yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi, di sini selesai.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, setelah Anwar menggunakan peluang dari kandang saksi untuk membuat pernyataan sebelah pihak selama hampir dua jam, maka sudah tiba masanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak lagi dibiar bebas melakukan apa-apa.
''Kita tidak mahu Anwar bebas ke mana sahaja membuat kenyataan di media antarabangsa berhubung kes yang dihadapinya ini. Biar dia tumpu perbicaraan kes ini sampai selesai.
''Sebab itu perkara ini (penahanan pasport) perlu untuk tunjuk ketegasan dalam kita mendaulatkan sistem perundangan. Nak bercakap dari kandang itu pilihan dia. Tapi kita ada pilihan dari sudut perundangan.
''Apatah lagi pada akhir perbicaraan sebegini adalah mustahak. Apa juga berlaku selepas ini, kita tak mahu integriti badan kehakiman kita dipertikai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
''Sebab itu saya mohon pendakwa bertegas memohon pasport Anwar ditahan. Saya ingin satu sistem yang dapat memberikan hak sama ada kepada Anwar dan dan juga mangsa, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
''Kedua-dua pihak tidak boleh dinafikan hak mereka. Anwar, kita tak tahu lagi apa yang akan dilakukan beliau selepas ini, tapi kita boleh fikir apa boleh dibuat (untuk keadilan mangsa).
''Lagi pun permohonan menahan pasport tertuduh itu bukan sesuatu yang luar biasa. Ramai dah tertuduh yang ditahan pasport mereka,'' jelasnya.
Ps: Untuk rekod, pihak PERKASA pun dah lama buat laporan Polis bagi mendesak pihak Pejabat Peguam Negara ambik tindakan tersebut.

Jadi tak perlu la diorang nak tunggu nasi dah jadi bubur baru nak ambik tindakan!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping