Khamis, Ogos 04, 2011


Fuh!!! Hebat betul Menteri Besar Badut ni menjawab isu yang sedang berbangkit di Selangor pada ketika ini. Selamba dia je jawap yang Politik dalaman ni perkara biasa.

Dia tak sedar ke kes UniSel ni bukan mengenai Politik ditempat kerja atau yang biasa dikenali sebagai 'Office Politic'.

Tetapi ianya melibatkan pengaruh Politik luar. Politik dari parti dia sendiri. Ke dia tak tau nak bezakan diantara kedua - duanya?

SHAH ALAM 3 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan wujudnya tekanan politik dalaman sehingga menyebabkan Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pihaknya sudah menjangka krisis tersebut akan berlaku dan telah bertindak menubuhkan sebuah pasukan petugas khas lebih awal dengan beberapa perbincangan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Pasukan petugas khas tersebut katanya, dianggotai oleh tiga orang Ahli Lembaga Pengarah Unisel iaitu Datuk Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie yang merupakan bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM); bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Datuk Dr. Mohamed Ariffin Aton dan bekas Naib Canselor Unisel, Datuk Dr. Adnan Alias.

"Dalam mana-mana organisasi pun adalah politik dalaman dan kerajaan negeri telah menerima peletakan jawatan Rosti, kita tidak ada halangan sebab itu adalah keputusan beliau.

"Saya hendak beritahu pasukan petugas khas itu sudah mula berjalan dalam keadaan krisis yang kita jangka dan ia akan berterusan sehingga kita melantik naib canselor yang baru," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di sini, hari ini.
Memang betul la kata Datuk Seri Noh Omar sebelum ni. Menteri Besar Gagap ni bukan peduli sangat dengan pendidikan dikalangan rakyat.

Semua yang dia buat hanya demi kepentingan parti Politik dia saja agar dapat mengekalkan kuasa. Dia peduli apa dengan pendidikan ni.

Korang bayangkan la. Dalam tempoh kurang dari 3 tahun memerintah Negeri, dah banyak kali dia buat hal dalam isu - isu yang berkaitan dengan pendidikan di Selangor.

Hari tu dengan kes Asrama Yayasan Selangor yang nak ditutupnya. Kali ni, UniSel pulak dijadikan sasaran. Untuk apa? Untuk membersihkan anasir - anasir UMNO/BN.

Itu je tujuan dia sebenarnya. Dia bukan peduli sangat pasal masa depan anak - anak yang belajar kat UniSel tu sebenarnya.

Sebab itu la dia arahkan Naib Canselor tu pecat 3 orang Pegawai tu tanpa sebab. Kalau tidak, menda kejadah pulak dia keluarkan arahan bodoh macam tu?

Dah nampak sangat yang Si Menteri Besar Badut ni tak mementingkan pendidikan dalam pemerintahan dia. Kalau boleh, tutup UniSel tu pun tak pe. Bukan menguntungkan dia pun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping