Khamis, Mei 17, 2012


Punya lama Semut berkecimpung dalam dunia Politik di Malaysia ni sebagai pemerhati, baru la Semut tau yang Si Haji Hadi ni orang Barisan Nasional.

Nasib baik la ada Pengarah Strategi PKR, Si Jambu Rafizi tu tampil dan mendedahkan perkara ini kepada rakyat seluruh Malaysia.

Kata dia dalam kenyataan media hari ini, isu berkaitan dengan Hukum Hudud ni hanya salah satu mainan Politik Barisan Nasional.

KONONnya, dia nak menuduh pihak MIC yang katanya tidak pernah memandang serius mengenai isu hukum Islam tersebut.
“Pihak BN mahupun MIC sendiri tidak pernah memandang serius isu hudud ini, mengapa baru sekarang mereka timbulkan isu ini?” soal Rafizi.

“Ini jelas menunjukkan teori yang MIC gunakan mengenai isu hudud ini adalah cubaan untuk meraih undi kaum masyarakat India,” kata beliau.

Rafizi juga berkata, keputusan untuk melaksanakan hudud merupakan satu keputusan penting yang perlu difikirkan bersama.

“Pihak kami tidak akan gentar mengenai isu ini kerana sejak 2008, sokongan rakyat terhadap PR dan PKR terus meningkat,” jelas beliau lagi.
Eh! Sejak bila pulak pauk - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri memandang isu Hukum Hudud ni sebagai satu perkara yang serius?

Kalau mereka anggap isu berkaitan dengan Hukum Islam ini satu perkara yang sangat serius, kenapa ianya tidak dimaktubkan didalam konsensus Pakatan Pembangkang?

Kenapa PAS sendiri sampai sanggup mengugurkan Hukum Hudud dalam manifesto mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Tolong la Rafizi!!! Jangan la ingat rakyat Malaysia ni Bodoh sangat sampai tak dapat lihat muslihat Pakatan Pembangkang dalam isu Hukum Hudud ni.

Yang timbulkan isu tersebut ialah PAS. Tapi, puak - puak PKR dan DAPigs jelas tidak dapat menerima isu tersebut. Sebab itu mereka buat keputusan 'Setuju Untuk Tidak bersetuju'.

Dalam ertikata mudahnya, Pakatan Pembangkang termasuk PAS MENOLAK perlaksanaan Hukum Hudud walaupun diorang berjaya tawan Putrajaya kelak!!! Itu hakikatnya.

Jadi, tak payah la dia nak cuba memutar belitkan pemikiran rakyat dan menyembunyikan hakikat sebenar. Rakyat tak buta dari melihat Kebenaran. Hanya puak - puak dia je yang tak mampu nak terima Hakikat!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. dan bertuankan orang gila maka pengikutnya jadi mereng. penyokongnya jadi sasau. ulamak jadi tak ketahuan punca, tapi yang pasti bila pkr buat dosa father nicky akan ampunkan.

    BalasPadam
  2. kenapa hudud?????
    nak tunjuk hero kot...
    hero napenya????
    dah tak relevan dalam pakatan kot...
    nape tak relevan????
    asyik jd pak turut je...
    ohhhhh......

    BalasPadam
  3. spin rafizi spin !

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping