Sabtu, Mei 19, 2012


Ps: Kalau ikut puak - puak Pembangkang, semua benda yang berlaku dalam Malaysia ni salah UMNO. Sebab apa? Sebab nanti senang diorang nak salahkan UMNO kalau diorang kalah dalam PRU akan datang.

Jadi, mungkin disebabkan itu juga, puak - puak Pakatan Pembangkang ni akan salahkan UMNO kerana menyebabkan Kelantan menang Piala FA malam tadi. Mungkin diorang akan tuduh bahawa Kemenangan itu satu bentuk Rasuah kepada rakyat Kelantan!!!
KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini.

KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berdasarkan persembahan separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan masing-masing. Mereka menunjukkan aksi yang agresif dan seimbang pada awal babak permainan.

Rembatan kencang dari luar kotak penalti daripada pemain KL Sime Darby, Azmirul Azmi pada minit kesembilan berjaya ditangkap kemas penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Sejurus selepas itu, sorakan stadium bergema, giliran Kelantan menguji penjaga gol Sime Darby, Mohd Redzuan Harun menerusi rembatan yang sama dari Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-13.

Kemudian, sepakan percuma Indra Putra ditangkap kemas penjaga gawang Sime Darby pada minit ke-20.

Pada minit ke-28, pemain sayap Kelantan, S.Chanturu dijatuhkan selepas membuat larian solo melepasi pemain KL Sime Darby di sudut kanan pintu gol.

Pemain pertahanan skuad Kijang yang mengalami kecederaan terpaksa dikeluarkan dan Rizal Fahmi Abdul Rosid dibawa masuk pada minit ke-32.

Kelantan memperoleh sepakan sudut yang pertama menerusi Zairul Fitree Ishak namun tandukan Mohd Badhri Radzi hampir berjaya menewaskan penjaga gol KL Sime Darby.

Tandukan Mohammed Ghaddar, penyerang import Kijang tersasar pada minit ke-41.Pada aksi keseluruhan babak pertama permainan, kedua-dua buah pasukan menunjukkan permainan seimbang.

Kedua-dua pasukan mencari kejuaraan sulung. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final. Dan, ini kali pertama Sime Darby muncul di final.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories:

1 ulasan:

  1. Pendek kata, semua salah UMNO.
    Tahniah TRW!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping