JENNIFER LOPEZ atau J.LO dilaporkan sudah bersedia untuk meninggalkan Ryan Seacrest, Randy Jackson, Steven Tyler dan seluruh produksi American Idol.
Menurut satu sumber yang memberi pengesahan kepada Us Weekly, bintang terkenal itu sudah bersedia untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai juri program tersebut sejak terbabit pada tahun 2010.
"Dia agak menyesal kerana tidak boleh terus bersama program tersebut lagi. Dia menganggap perjalanan bersama American Idol sebagai pengalaman yang cukup luar biasa dan hebat. Dia bersyukur kerana pernah terlibat dalam produksi tersebut," ujar sumber tersebut.
Sumber tersebut juga menambah bahawa penyanyi itu mempunyai banyak agenda karier sendiri sehingga menyebabkan dia meninggalkan program realiti itu.
Pada hujung tahun ini, J.LO akan memulakan konsert jelajahnya merangkumi 20 buah bandar di Amerika Syarikat dan Amerika Latin bersama Enrique Iglesias selain sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya.
Janda Marc Anthony itu juga dikatakan bakal terlibat dalam beberapa buah filem termasuk animasi Ice Age 4: Continental Drift.
J.LO sendiri dalam satu temu bual baru-baru ini mengaku bahawa dia terlalu penat dan berusaha memberi keseimbangan terhadap kehidupan dan kariernya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.