Ahad, Mei 20, 2012


Terbaik!!! Cukup terbaik!!! Inilah padahnya kalau kita suka sangat berjalan menongkat langit sambil meludah. Akhirnya, kena pada batang hidung sendiri.

Semut sedikit pun takkan lupa aksi riak dan bongkak Si Khalid Gagap ni ketika Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau yang lalu.

Dia dengan Angkuh, Sombong dan Bangga diri mendabik dada mengatakan tidak ada orang lain yang lebih bagus dari diri dia sahaja.

Hanya bagi dia, semua masalah rakyat selesai. KONONnya, kata dia, hanya dia sahaja yang membela rakyat Selangor dari sejak mereka lahir hingga ke tua.

Semua benda dia je yang bagi. Air free, duit kelahiran anak, duit buat suri rumah, duit elaun warga emas, duit khairat kematian. Semuanya, dia je yang buat.

Tapi, bila timbul masalah air di Selangor, dia mula nak menyalahkan orang lain. Dia mula menunding jari ke arah Kerajaan Pusat.

Itu pun setelah ditegur oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor yang meminta agar isu air ini tidak dijadikan bahan Politik oleh pihak tertentu.

Titah Tuanku cukup jelas. Tuanku mahukan satu kaedah penyelesaian bagi kemelut kekurangan air di Negeri Selangor agar nasib rakyat terbela.

Jadi, dimana letaknya tanggungjawab seorang Menteri Besar jika isu ini pun tidak mampu untuk diselesaikan? Mana dia yang dia kata dia bela nasib rakyat?

Sebelum ini, projek Langat 2 sudah dimulakan untuk membekalkan air dari Negeri Pahang ke Negeri Selangor.

Terowong bagi projek tersebut sudah hampir siap di Negeri Pahang. Tinggal Negeri Selangor sahaja untuk membina loji penapis mereka.

Benda ni bukan satu isu baru. Tapi projek tu dah lama dibuat dan dijalankan. Malah boleh dianggap selesai dah sekarang ni. 

Namun disebabkan keANGKUHan dan keSOMBONGan Khalid Gagap yang enggan mengikuti nasihat serta desakan dari pihak Kerajaan Pusat, projek tu tergantung.

Alih - alih, sekarang ni, secara tiba - tiba dia cuba nak menyalahkan orang lain pulak diatas keANGKUHan dan keSOMBONGan diri dia tu.

Adakah itu sikap bagi seorang pemimpin yang bertanggungjawab? Adakah itu sikap seorang Menteri Besar yang kononnya kata dia buat semua untuk rakyat?

Dia yang GAGAL memikul tugas sehingga ditegur oleh Tuanku Sultan, dia nak salahkan orang lain pulak?

Jelas. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang GAGAL menjalankan tugas mereka dengan baik untuk menjaga rakyat. Itu baru diminta jaga Negeri je. Pun diorang tak mampu nak buat. Kalau jaga Negara, alamat HANCUR la jawabnya!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Parti kencing rakyat boleh lah...hahahaha

    BalasPadam
  2. Aku memang meluat la dengan perangai bongkak parti pembangang ni...tu lagi satu yg kat utara tu pun sama gak

    BalasPadam
  3. Parti kelentong rakyat

    BalasPadam
  4. Nanti bila bekalan air putus dia salahkan kerajaan pusat balik.

    HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini.

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping