Jumaat, Mei 18, 2012

Ap? Korang ingat Si Wali Terompah ni maksum sangat ke sampai tak de sikap yang cacat cela pada diri dia sendiri? Dia ingat dia aje ke yang betul?

Kalau korang ada anggapan sedemikian, Semut sarankan agar korang fikir sekali lagi. Si Wali Terompah ni hanya manusia biasa.

Dia juga ada melakukan kesilapan. Malah ada kalanya, dia perlu rasa malu dengan diri dia sendiri kerana tunduk dan taat sangat kepada DAPigs.

Sekarang, bila ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang menentang keputusan dia, apa dia nak buat? Dia nak pecat jugak Si Harun Taib tu?

Sudah la dengan sandiwara ni. Semua orang pun dah meluat sebenarnya dengan wayang Politik PAS yang sengaja mempergunakan Islam sebagai perjuangan ni.

Tinggal lagi orang macam Si Wali Terompah ni je yang masih tak sedar diri. Masih jugak nak merasa megah dengan diri sendiri. Itu pasal la orang semakin hari semakin benci!!!
SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib mengakui bahawa Pakatan Rakyat masih belum mempunyai satu ikatan yang kukuh dalam menentukan hala tuju gabungan itu.

Kenyataan itu diulas Harun berikutan tindakan Presiden DAP, Karpal Singh sebelum yang bertindak menyelar cadangan PAS mahu melaksanakan hukum Hudud jika menang dalam pilihan raya akan datang.

“Saya melihat pakatan masih belum ada satu ikatan yang kuat. Yang mana pakatan ini melantik sesiapa yang menjadi ketua,” katanya. 
Harun kemudian menyifatkan Karpal telah melanggar perjanjian manifesto yang dicapai dalam Pakatan Rakyat selain menganggap pemimpin DAP itu tidak menghormati prinsip PAS.

“Mereka tak bersetuju tapi akhirnya akan setuju juga.”

“Jika mereka faham dan lihat kebaikan-kebaikan Islam mereka akan menyokong dan bersetuju.”

Justeru Harun menepis dakwaan yang menyifatkan PAS hanya sebagai "pak turut" dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, gabungan itu bergerak dengan momentum yang sama dalam usaha mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Belum diketepikan. Sama-sama berusaha dalam pakatan untuk menang.”

PAS kebelakangan ini dihujani kritikan pelbagai pihak bersabit pendirian parti itu tentang cadangan pelaksanaan undang-undang Syariah sekiranya Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan negara.

Namun parti itu menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh menerusi muafakat rakyat diutamakan dan telah dipersetujui dalam penegasan bersama Buku Jingga selain meminta agar rakan parti dalam Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada pilihan raya yang bakal diumumkan bila-bila masa. - Sumber
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Aku nk tgk apa respon Nik Aziz.

    KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping