Sabtu, Mei 19, 2012


Hah!!! Apa hal pulak yang tak kena dengan Si Wali Terompah ni? Tak pasal - pasal je dia dah memalukan anak saudara dia sendiri dalam satu sidang media.

Kata Si Wali terompah tu, Muzakarah yang hendak dilakukan oleh PAS dengan mana - mana pihak akan dilakukan SEBELUM Pilihan Raya Umum ke 13.
KUALA TERENGGANU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama Umno diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
   
Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
Sebelum itu, Si Pak Berahim pulak mati - mati mengatakan yang Muzakarah ni hanya akan dilaksanakan SELEPAS Pilihan Raya Umum. 
“Saya menjangkakan muzakarah boleh diadakan selepas pilihan raya. Ketika ini, kami masih menumpukan sepenuh perhatian ke atas persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.
Jadi, persoalannya, yang mana satu betul ni? Nak buat muzakarah SEBELUM atau SELEPAS Pilihan Raya Umum? Itu pun diorang nak kelirukan rakyat jugak ke?

Tapi, nak bermuzakarah pun ada jugak syarat - syarat yang ditetapkan. Kalau nak bermuzakarah, pihak tersebut kena terima Pakatan Pembangkang.

Kot kalau dah bersyarat beria - ia sangat macam tu, baik la tak payah dibuat lansung!!! Macam la dia je yang boleh letakkan syarat.

Korang bayangkan. Nak merapatkan Ukwah, nak wujudkan perpaduan sesama Islam pun diletak syarat yang bukan - bukan. Kalau syarat tu tak berat sebelah tahan jugak.

Katakan la. UMNO atau pihak lain pun letak syarat yang sama iaitu PAS perlu terima Barisan Nasional seadanya, macam mana? Adakah PAS akan bersetuju?

Sedangkan nak buat muzakarah ni pun puak - puak PAS tu dah mula tuduh UMNO terdesak, inikan pulak diorang nak buat cerita lain selepas ini.

Jadi, dimana letaknya keikhlasan dalam isu Muzakarah yang dicadangkan oleh pihak PAS ni sebenarnya? Apa tujuan sebenar mereka? Kalau setakat cakap kosong je, baik la tak payah buat!!! Mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. Aku fikir UMNO akan meletakkan syarat juga kpd PAS, iaitu PAS MISTI KELUAR DP PAKATAN RAKYAT" sebelum muzakarah boleh diadakan.

    BalasPadam
  2. Tok sahlah UMNO berurusan lagi dengan orang-orang yang kurang akal dan hati busuk....

    BalasPadam
  3. Nik Aziz hanya layak bergelar ULAR PUKIMAK!!!

    BalasPadam
  4. Kan dah nampak tembelang mereka ini? mereka bukan ikhlas nakkan perpaduan Islam tetapi lebih banyak kepda sandiwara politik kononnya mereka juga bersetuju dengan perpaduan untuk menarik undi dari melayu yang mereka cuak dan syak semakin menjauh dari mereka. Orang nak kuasa untuk berjasa, mereka nak kuasa untuk persia-sia. Mereka hanya ahlul bangkang wal ceramah, bagi negeri untuk diperintah nanti habis punah ranah. Masalah air pun dah gelabah, tapi cakap berdekah-dekah,, pigidahhhhh..

    BalasPadam
  5. sabar geng jangan marah2.ini politik kita kena bijak memilih.silap pilih kita dan bangsa kita habis.dalam BN umnolah ketua.mca dan mic dan parti komponen yang lain adalah pengikutnya.dalam PR pas bukan ketua.taraf dia dengan pkr dan dap adalah sama.sebab itulah dia memberi syarat baru kepada umno untuk bermuzakarah dengannya iaitu bukan dengan dia saja tapi dengan pakatan rakyat[pkr dan dap]sekali.sedangkan umno tak ajak pun mca dan mic untuk bermuzakarah dengan dia[pas].umno mahu dengan dia[pas]saja dan tak melibatkan parti lain.dah jelas pas ni bukan ketua dalam pr.ini mungkin pkr dan dap tak benarkan dia pergi saorang diri.kedua dua parti ni nak ikut sama kalau tak mereka tak benarkan pas pergi bermuzakarah dengan umno.jadi pas kena ikut arahan kedua dua parti ni.jadi memang betollah cakap kau orang semua pas ni[parti anggok saja] atau [patuh arahan sentiasa].

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping