Ps: Kalau dulu, biar pun berjuang sendirian dalam perjuangan menegakkan Islam, PAS dipandang lebih tinggi jika dibandingkan dengan sekarang.
Jelas, integriti mereka sudah kian pudar sejak menyertai Pakatan Pembangkang. Tapi, siapa yang salah kalau bukan diorang sendiri!!! Yang diorang BODOH sangat dok ikut telunjuk orang tu siapa yang suruh!!! Sekarang, biar diorang tanggung la sendiri!!!
SEMASA PAS BERJUANG BERSENDIRIAN:
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
PAS JUGA kata yang mereka menentang UMNO dan dakwa UMNO kafir kerana UMNO memerintah menggunakan Perlembagaan negara yang sedia ada yang PAS kata Perlembagaan kafir tinggalan penjajah.
PAS kata yang perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan Negara Islam dengan mengambil Al Quran dan Hadis sebagai Perlembagaan negara dan akal laksanakan hudud dan segala perundangan Islam bila memerintah.
SEMASA PAS NAK BERSEKUTU DAN BERKONGSI KUASA DENGAN KAFIR DALAM PR : PAS bersetuju dan berjanji dengan kafir DAP dan PKR bahawa sekiranya PR memerintah, PAS/DAP/PKR akan kekalkan dan gunapakai Perlembagaan negara yang sedia ada yang PAS kata perlembagaan kafir tinggalan penjajah.
PAS gugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan gantikannya dengan Negara Berkebajikan.
PAS istihar bersama-sama dengan kafir DAP dan PKR bahawa hudud bukan lagi agenda PAS/DAP/PKR, walaupun mendakwa bahawa DAP dah faham Islam hasil penjelasan PAS dan bawa DAP ke masjid-masjid dan surau-surau supaya Umat Islam menerima kafir DAP sebagai rakan kongsi kuasa PAS.
Nik Aziz dan puak-puak Anwarinas dalam PAS menolak sekeras-kerasnya tawaran UMNO untuk bermuzakarah dan menekan sesiapa saja dalam PAS (termasuk Presiden dan Tim. Presiden PAS) yang bersetuju dengan hasrat UMNO untuk bermuzakarah.
BILA DAP NYATAKAN AKAN TETAP BANTAH DAN TK SOKONG PERLAKSANAAN HUDUD : Nik Aziz buat pengistiharan bahawa PAS sedia bermuzakarah dengan sesiapa saja termasuk UMNO demi kepentingan Ummah.
Adakah Nik Aziz betul-betul ikhlas nak bermuzakarah atau sengaja BERSENDIWARA untuk nak gertak Karpal dan DAP supaya jangan bantah dan komen apa-apa tentang penipuan PAS untuk nak laksanakan hudud. - Sumber
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.