PALO ALTO - Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengakhiri minggu yang padat dengan urusan pengapungan syarikat laman sosial itu dengan mengumumkan bahawa dia telah mendirikan rumah tangga.
Status terbarunya di laman sosial milik beliau sendiri menyatakan bahawa Zuckerberg "sudah berkahwin".
Terbaru, pengapungan Facebook, yang sudah berusia lapan tahun, meletakkan syarikat itu bernilai lebih RM300 bilion.
Dia mengumumkan perkahwinan dengan teman wanita lamanya, Priscilla Chan, 27, yang dikenali sejak belajar di Harvard, semalam.
Majlis perkahwinan yang dihadiri sekitar 100 orang telah diadakan di rumahnya di Palo Alto, California.
Seperti Zuckerberg, Chan, pelajar perubatan, juga melalui hujung minggu yang padat kerana menghadiri majlis konvokesyen. Zuckerberg menyambut ulang tahun hari kelahiran ke-28 esok.
Laporan media menyebut tetamu-tetamu dijemput menjangkakan bahawa mereka akan menghadiri majlis sambutan hari graduan Chan, tetapi dikejutkan dengan majlis perkahwinan.
Cincin perkahwinan direka bentuk oleh Zuckerberg, yang mengasaskan Facebook pada 2004.
Pasangan itu kemudian berpindah ke California - lokasi ibu pejabat Facebook ditempatkan manakala Chan pula mengikuti pengajian perubatan di University of California, San Francisco.
Laporan menerusi Sinar Harian Online mengesahkan bahawa Zuckerberg menguasai 56 peratus ekuiti dalam Facebook.
Ps: Bayangkan. Kalau Facebook mampu menjadikan Zuckerberg ni sebagai seorang Billionaire, tak mustahil Felda Global Venture pun mampu mencapai tahap tersebut.
Yang bezanya, Si Zuckerberg ni sapu semua sekali untuk dia seorang je sedangkan FGVH memberi pulangan kepada seluruh warga Peneroka. Itu pun orang tak sedar lagi ke?
Padahal, puak - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri terpaksa akui yang penyenaraian FGVH ni mampu memberikan keuntungan besar kepada Peneroka. Yang diorang tetap nak saman Felda tu menda kejadahnya!!! Tak reti rasa bersyukur ke!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.