Selasa, Mei 22, 2012


Skandal terbaru Nurul Izzah? Mungkin. Tapi, ini satu pendedahan yang menarik. Si Nurul Izzah tu bukan sahaja Ratu BFS. Dia juga pandai memujuk.

Namun, sayangnya, pujukan rayu Si Nurul Izzah tu tak menjadi bila berhadapan dengan rakyat dikawasan dia sendiri. Dan sebab itulah dia kena TIBAI malam semalam!!! 


Ini rentetan dari apa yang berlaku semalam ketika Si Nurul Izzah Kena Tibai Depan Orang Ramai semalam. Meh baca ceritanya:
M. Parthiban (gambar) yang terima sms ugutan sejurus sebelum berucap bagaimanapun meneruskan ucapannya dan menceritakan perangai sebenar Nurul Izzah sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan.


Sebelum itu, M. Partibhan yang yang menyertai PKR sejak 12 tahun lalu umum keluar dari parti itu bersama lebih 200 anggota cabang Lembah Pantai dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional (BN).





Bekas Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah Pantai itu berkata apa yang digambarkan oleh PKR mengenai Nurul Izzah kononnya bekerja di atas dasar telus dan bersih adalah pembohongan semata-mata.


"Saya tidak sanggup bekerja lagi dengan manusia yang bermuka-muka sepertinya dan telah meletakkan jawatan. Beliau tidak pernah menjalankan kewajipan sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai.


"Beliau tidak pernah bertemu masyarakat apatah lagi melawat orang uzur, sakit atau ditimpa kematian di Lembah Pantai. Perkataan yang selalu digunakannya adalah I'm rushing, I'm rushing. Anda boleh bertanyakan kepada wartawan Sinar Harian jika tidak mempercayai kata-kata saya," tegas M. Parthiban di hadapan lebih 2000 hadirin.


"Saya telah menjalankan tugas sebagai pengarah kebajikan dan kemasayarakatan di seluruh Lembah Pantai untuknya. Segala masalah penduduk telah saya unjurkan kepada beliau melalui email.


"Yang mendukacitakan, apabila beliau (Nurul Izzah) berjumpa wartawan, mula berlakon untuk mendapatkan populariti seolah-olah turun padang dan mendapatkan semua maklumat dari penduduk. Nurul Izzah hanya tahu menyelit dicelah-celah aktiviti yang diusahakan oleh saya.


"Saya boleh cabar dan bertanya kepadanya kerana beliau memang tidak tahu dimana Lorong Asrama, dimana lokasi-lokasi lain di sini," kata M. Parthiban.


"Saya dipanggil kembali dan dipujuk oleh Nurul Izzah untuk menarik kembali perletakan jawatan kononnya ada imbuhan di Selangor. Saya juga telah dipanggil beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua Kelab Penyokong Pas tanpa memberikan sebarang alasan yang konkrit," ujar M. Parthiban.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping