Isnin, Mei 21, 2012


MELIHAT pada gaya dan penampilan serta pesona si pemilik wajah jelita ini, persepsi pertamanya tentunya lekas menjatuh hukum kononnya dia seorang yang sombong dan sukar didekati.


Namun sebaik bibirnya menyusun kata, apa yang difikirkan awal tadi semuanya berubah. Nur Anzalna Md Nasir seorang yang ‘gila-gila’ dan rendah diri. 

Mendengar saja ketawanya yang tidak henti, pasti si empunya susuk tubuh menggiurkan ini adalah gadis yang begitu mudah untuk dibawa bersembang.


Bertemu dengannya yang juga finalis pertandingan Dewi Remaja 2010, petang Selasa lalu di majlis sidang media drama terbaru lakonannya, Indera Joned, Anzalna menjawab persoalan akan tindakannya yang semakin berani mendedahkan kekasihnya kepada umum.

Baik di gambar utama laman sosial Twitter miliknya, tampil bersama di majlis anugerah mahupun yang terbaru menghiasi muka depan sebuah majalah, pelakon muda ini bagai tidak kisah akan pandangan sekeliling atau spekulasi yang mungkin timbul dengan bersandar pada statusnya sebagai selebriti. 


Katanya yang menyifatkan tindakan itu tidak salah atau menyakiti hati sesiapa, Anzalna yang kini berusia 24 tahun sebaliknya percaya dengan keikhlasan hatinya untuk berkongsi cerita bersama peminat dan tidak sekali berahsia semata-mata ingin menjaga reputasi. 

“Mustahil untuk saya berbohong atau menyembunyi kisah bahagia mengenai saya. Mengapa pula saya perlu berbuat demikian sedangkan ia tidak salah atau menyakiti hati sesiapa. 

"Kami pun bukannya membuatkan sesuatu yang salah sebaliknya hanya berkawan dan dilihat keluar bersama. Malah saya yakin peminat saya faham dan tidak timbul soal muak atau keterlaluan. 

“Mereka sendiri yang ingin tahu mengenai peribadi saya. Justeru apa salahnya jika saya kongsi saja perkara baik seperti ini,” katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping