Sabtu, Jun 02, 2012


MEMALUKAN!!! Itu sahaja yang Semut nak kata apabila membaca laporan yang disiarkan dalam Merosakini hari ini. Himpunan Hijau PAS semalam memang FAILED!!!

Sebelum ini, PAS dengan bangga mendabik dada mengatakan bahawa mereka akan mengumpulkan lebih daripada 100ribu pengikut dalam Himpunan tersebut.

Itu janji dan sumpah keramat PAS untuk menyaingi UMNO yang berjaya mengumpul ahlinya seramai 120ribu orang di Stadium Bukit Jalil.

Semalam juga, Semut tengok beberapa penyokong tegar PAS dikampung Semut masih duduk lepak di kedai kopi sambil berbual kosong.


Ditanya, kenapa mereka tak ke Kedah? Jawapannya, tak de peruntukan yang disediakan. Hanya itu sahaja jawapan mereka dengan muka yang toya.

Ternyata, kekuatan PAS hanya suku daripada sokongan ahli UMNO yang sedia ada di Malaysia. Jelas, istiqomah ahli PAS sudah luntur.


Kehadiran ahli PAS ke Stadium Darul Aman semalam hanya dianggarkan seramai 30ribu orang sahaja. Itu pun entah ye atau pun tidak. Macam mana diorang kira, Semut pun tak tau.


Gema laungan 'Takbir' berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, manakala yang lainnya berpusu-pusu di luar Stadium yang hanya mampu menampung sehingga 35,000 orang.
Kalau di Stadium Bukit Jalil, semua pagar pintu masuk diletakkan meter pengira automatik. Maka setiap yang masuk dapat direkodkan satu persatu.


Walau bagaimana pun, Semut nak ucapkan syabas kepada PAS kerana telah melempang muka Si Ketua Penipu dan Si Ambiga secara tak lansung.


Mereka telah membuktikan bahawa kalau nak berhimpun, tak semestinya pergi ke jalanan. Sebaliknya, boleh jugak dilakukan didalam stadium.


Jadi, apa tengkoraknya diorang dok terjerit - jerit dan terpekik - pekik ditengah jalan macam beruk akhir bulan April lalu? Kalau berhimpun dalam stadiumkan bagus. Tak de la berlaku rusuhan tak tentu arah!!! Nak jerit ke, apa ke, lantak korang la!!!
Categories: , , ,

8 ulasan:

  1. mcmnilah baru adil x ganggu org lain

    BalasPadam
  2. kalu tiap2 minggu buat himpunan ni, masih x cukup nak buat highway, ambik lah 40,000 x rm 10 seorg = rm 400,000 x 52 minggu = RM 21 juta setahun. Perlu 86 tahun baru dapat RM 1.8 billion. Agak2 nya nik aziz ni hidup ke tak bila nak resmikan highway tu...yakni pada tahun 2098.

    BalasPadam
  3. Lepas ni bole la keluar tender repair rumput stadium yg rosak. hahahahashaha.

    Opsss silap.. lembu Nfc yg makan rumput kot!! Hahahahaha..


    Free Kedah!

    BalasPadam
  4. bodo pya semut, hg ingt kat dalam saja ka, kat luar pon da lagi kot...smut bodo

    BalasPadam
  5. nak sedapkan hati n ajis,kata kan lah himpunan semalam capai target 100,110 org termasuk kelkatu lepas hujan.....

    BalasPadam
  6. nak sedapkan hati n ajis,kata kan lah himpunan semalam capai target 100,110 org termasuk kelkatu lepas hujan.....

    BalasPadam
  7. Bagus sbb buat dlm stadium. x myusahkn org

    BalasPadam
  8. penyokong pas saja yang berhimpun.penyokong pkr dan dap mana.pas kata dia dalam kompanen PR.dalam BN aku belum dengar lagi mca dan mic buat perhimpunan berasingan macam ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping