BERTUAH sungguh pelakon Adi Putra, 31, kerana ramai wanita menyayanginya selain daripada isteri tercinta, Zuhaida Yusof, 37.
Wanita-wanita ini menggelar Adi atau Mohamed Hadi Putera itu sebagai hotlovers dan pada 14 Julai ini mereka akan bertemu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.
Bila ditanya apa perasaannya kerana disayangi ramai terutamanya golongan wanita, sambil tersenyum hero filem Aku Terima Nikahnya berkata, dia bersyukur kerana mendapat perhatian.
Dia bukan kasanova atau pencinta wanita tapi menghargai golongan tersebut kerana banyak menyokongnya dalam industri lakonan.
"Saya sendiri terkejut apabila diberitahu ada kelab peminat yang diwujudkan o untuk saya. Selama ini tidak pernah terfikir pun untuk buat kelab peminat.
"Melalui kelab peminat hotlovers ini, baru saya tahu rupa-rupanya saya mempunyai peminat di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan sejauh London," katanya.
"Tanpa mereka, tidak mungkin saya boleh meneruskan perjuangan dalam bidang seni hingga kini.
"Sebagai tanda penghargaan untuk peminat yang tidak jemu menyokongnya, Adi akan memberikan satu persembahan istimewa untuk mereka pada majlis ulang tahun pertamahotlovers.
"Bagi saya peminat ibarat ahli keluarga dan pada hari berkenaan saya akan mendendangkan beberapa buah lagu yang pernah saya nyanyi untuk drama.
"Saya mahu majlis ulang tahun pertama kelab Adi Putra ini dirai secara santai agar saya dapat mendampingi setiap yang hadir," katanya terus terang.
Kelab peminat hotlovers ini katanya, berbeza dengan kelab peminat artis sedia ada.
"Saya tidak mahu kelab ini bergerak separuh jalan, biarlah ia berkekalan dan memberi menafaat kepada para ahli. Setakat ini belum dikenal pasti berapa jumlah sebenar peminathotlovers ini kerana kelab ini bergerak menerusi Twitter sahaja.
"Biarpun tidak ada angka rasmi keahlian tapi saya tidak kisah kerana tidak mahu peminat terikat. Saya percaya selagi mereka menyokong, di mana sahaja berada mereka tetap sokong," katanya penuh yakin.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.