Menjelang Ramadan, genap dua tahun penghibur sensasi, Anita Sarawak, 60, meninggalkan tanah air tanpa diketahui di mana dia berada atau punca penyanyi Seksis itu menghilangkan diri.
Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza.
Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegs itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.
Namun, ketika itu, Anita yang mesra dipanggil Kak Nita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah,
Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.
Ps: Mungkin dia lari sebab takut ada pulak orang lain yang rekomenkan dia pada Ostad PAS kot. Itu pasal la dia lari sampai ke Texas!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.