Maaf. Tak sampai hati pulak nak letak gambar Si Khalid Gagap tu berbogel sebagai hiasan dalam artikel ni. Tinggal lagi, gambar kat atas tu kira Simbolik je la ye.
Walau apa pun, yang pentingnya isi kandungan bukan hiasan yang jadi tarikan. Nampak gayanya, Si Khalid Gagap tu masih belum puas dibalun dengan puak - puak MCA ni agaknya.
Sampai bila dia nak mendiamkan diri dan berdolak dalih untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai skandal Talam Corp ni? Kata Kerajaan Telus sangat.
Kalau telus, kenapa Si Menteri Besar Badut tu sampai sekarang enggan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat? Kenapa dia masih nak bagi alasan yang bukan - bukan.
Baru - baru ni, Si Khalid Gagap tu kata, dia takkan dedahkan butiran mengenai skandal penyelewengan Talam Corp selagi Audit belum selesai buat kertas putih.
Dah tak pasal - pasal Audit pulak yang disalahkannya. Dua tahun Khalid oi!!! Dah dua tahun berlalu, takkan la Audit tak siap lagi buat kerja!!!
Nampak sangat la alasan yang dia bagi tu tak masuk akal lansung!!! Audit tu didalam penguasaan Kerajaan Negeri. Takkan la MB tak boleh bagi arahan kepada Audit kot!!!
Jelas yang dia hanya menjadikan isu penyelewengan Talam Corp ni sebagai satu isu kecil sedangkan ianya melibatkan berjuta - juta duit rakyat.
Jadi, memang tak salah la kalau dia masih jugak terus dibogelkan oleh pelbagai pihak hanya kerana keGAGALan dia sendiri!!! Dah la buat salah, tak nak mengaku la pulak!!! Nak jugak dia salahkan orang lain. Memang sah, perangai macam sial!!!
KUALA LUMPUR - MCA hari ini mendedahkan satu lagi perjanjian kontroversi melibatkan kerajaan negeri Selangor dan Talam Corporation Bhd. yang melibatkan empat plot tanah seluas 53.7 hektar di Danau Putra, Sepang melibatkan transaksi berjumlah RM87.7 juta (RM15 sekaki).
Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, isu yang timbul dalam transaksi tersebut ialah sebahagian besar empat plot tanah yang dibeli oleh kerajaan negeri Selangor dari syarikat Talam berada adalah bekas lombong.
Katanya, kerajaan Selangor bersetuju untuk membeli empat plot tanah itu daripada syarikat Talam pada 12 Mac 2010.
Beliau berkata, bagi plot A keluasan tanah yang dibeli ialah 11.23 hektar pada harga RM18.3 juta tetapi dua pertiga daripadanya berada di dalam air.
"Bagi plot B luas tanahnya ialah 26.54 hektar dan ia dibeli dengan harga RM43.3 juta tetapi malangnya kesemua tanah tersebut juga berada di dalam air.
"Untuk plot C dan D yang seluas 16 hektar kerajaan Selangor telah membelinya dengan harga RM26 juta dan separuh daripada keluasan tanah ini berada di dalam air," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat MCA di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.