Ahad, September 30, 2012



Terbaru, timbul pula kontroversi baru membabitkan Lofa yang baru saja dilantik sebagai jurucakap jenama tilam King Koil. 

Lofa dikatakan berselisih faham dengan gandingannya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah, Nazim Othman. 

Bukan itu saja, pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu juga dikatakan sering muram dan tidak gembira apabila berada di lokasi. 

Jangan ada pihak yang melakukan kesilapan, pasti dia akan naik berang dan melepaskan marahnya secara terbuka.


Ketika ditemui di majlis pengumuman dirinya dilantik sebagai duta tilam King Koil Khamis lalu, Lofa mengakui memang perkara itu berlaku namun ia sudah lama diselesaikan dan hubungannya bersama Nazim kembali baik. 


“Perkara ini berlaku atas tuntutan kerja. Masalah kecil saja dan pada saya, ia tidak seharusnya diperbesar-besarkan. 

"Saya cuba mengikut perancangan dilakukan pihak produksi dalam bekerja. Tidak dinafikan, sepanjang tiga bulan membintangi drama Kau Yang Terindah, kami bekerja dalam tekanan kerana tuntutan masa. 

"Saya menjelaskan perkara ini bukan hendak memanjangkan cerita dan ia tidak ditujukan kepada sesiapa apatah lagi Nazim. 

"Cuma penjelasan dibuat diharapkan mereka yang mendengar kontroversi ini faham kedudukan sebenar agar tiada pihak menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak,” katanya.



Lofa turut menafikan bahawa dia bersikap demikian kerana tertekan dengan pelbagai isu yang kurang sedap didengar dikaitkan dengan dirinya kebelakangan ini dan Nazim menjadi mangsa untuk dia melepaskan kemarahan.




“Ia tidak ada kena mengena dengan isu atau kontroversi, sebaliknya saya cuba memberikan yang terbaik sewaktu bekerja. Cuma waktu itu ada perkara berlaku di luar perancangan. 

"Saya tidak dapat menyembunyikan rasa kurang senang terhadap apa yang berlaku, jadi timbul sedikit salah faham,” katanya.


Tegas Lofa, bagaimanapun apabila bekerja sekurang-kurangnya ia haruslah mengikut perancangan dibuat supaya dirinya sentiasa berada dalam situasi bersedia untuk memberikan persembahan terbaik.

Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping