Jika sebelum ini orang sering melabelkan Si Fuziah Thoron tu sebagai seorang wakil rakyat yang suka mengadu domba dan menyebarkan fitnah terhadap orang lain.
Dan kita pun dah tengok bagaimana satu cerita yang direka - reka boleh menimbulkan perpecahan dikalangan masyarakat tanpa usul periksa.
Nah! Sekarang kita tengok sendiri bagaimana sifat kebencian terhadap satu - satu isu itu disemai dan diwar - warkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni.
Gambar dibawah dipetik dari laman media sosial milik Ahli Parlimen Kuantan. Persoalannya, apa sebab dia nak letak gambar tu dan buat tajuk sedemikian rupa?
Adalah sesuatu yang tak logik akal soalan seperti itu dikeluarkan untuk dijadikan sebagai soalan peperiksaan bagi pelajar sekolah rendah.
Sekolah mana yang Si Fuziah Thoron ni maksudkan? Soalan ini ditujukan kepada sasaran pelajar dalam darjah berapa? Semua itu tidak dimasukkan didalam gambar ini.
Tidak ada penjelasan yang dibuat melainkan satu mesej sahaja yang disampaikan oleh Si Fuziah Thoron tu dengan nada spekulatif. "Kenapa agaknya Cikgu tu pangkah?"
Itu sahaja yang disampaikan oleh Si Fuziah merujuk kepada gambar yang dia berikan. Adakah dia nak tuduh semua cikgu dalam Malaysia ni Pro BN?
Adakah dia nak kata yang semua cikgu disekolah ni menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan tidak amanah sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian?
Ini semua dakwaan dan tuduhan jahat dengan niat untuk memburuk - burukkan Kerajaan serta kakitangan awam. Terutamanya dikalangan guru.
Tindakan Si Fuziah ni jelas boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada institusi perguruan kerana didakwa tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.
Walhal bidang tugas seorang guru cukup besar ertinya dalam kehidupan setiap manusia. Tanpa guru, tak mungkin anak - anak kita boleh dapat ilmu pengetahuan.
Maka jelas, tindakan Si Fuziah ni dianggap sebagai satu tindakan untuk mewujudkan kebencian dan bertujuan untuk menghasut rakyat agar terus menolak Kerajaan. Tapi, kalau tak buat fitnah macam ni, tak mampu pulak dia nak buat kerja!!!
analisa gaya tulisan. ianya kemungkinan besar dari orang cina.
BalasPadam